Bagaimana Hendak Mengendali Facebook Admin Page Untuk ‘First Time User’

Jika anda baru sahaja membuka Facebook admin page untuk mempromosikan perniagaan anda atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan, kami mempunyai beberapa tips untuk menggunakan fungsi Facebook page sepenuhnya.

1. Mengguna butang “Call-To-Action” yang betul

Call-To-Action butang atau CTA secara singkat, ialah butang biru yang terpapar di bawah cover image anda. Butang ini boleh diubahsuai untuk menunjukkan perkataan yang berbeza seperti “Book Now”, “Message Us” dan banyak pilihan lagi. Mari lihat bagaimana caranya.

blog 1
(merujuk kepada maklumat bawah setiap gambar untuk penjelasan)
  • Gerakkan ‘mouse’ anda ke butang “Book Now” dan kemudian akan muncul satu senarai seperti gambar di bawah.

blog 2

  • Pilih “Edit Button”.

blog 3

  • Satu pop-up box akan keluar seperti gambar di atas yang membenarkan anda memasukkan link. (Anda boleh biarkan langkah ini untuk dibuat kemudian)
  • Klik butang “Back”.

blog 4

Terdapat beberapa butang CTA yang anda boleh pilih.

  • Sekiranya anda menggunakan Facebook page untuk menjual produk anda online dan mempunyai laman web sendiri, anda boleh mengguna “Book Services” dan pilih butang CTA yang paling sesuai untuk membawa pengguna ke laman web anda. Maklumat ini memang sesuai untuk perniagaan seperti e-commerce.
  • Jikalau anda sedang mengendali perniagaan secara ‘offline’ seperti menjual bunga atau pakaian di kedai sendiri, boleh mengguna “Get in Touch” dan memilih mana yang sesuai dengan jenis perniagaan anda.

blog 5

Maklumat tambahan:

  • Bergantung kepada tujuan anda membuka Facebook page, penggunaan butang CTA yang betul merupakan sesuatu perkara yang penting selaras dengan tujuan perniagaan anda.
  • Butang CTA ialah antara butang yang akan nampak paling jelas sama ada anda membuka page tersebut daripada smartphone atau PC. Anda perlu memastikan butang tersebut dapat menyeru pengguna untuk mengambil tindakan seperti yang anda nak.
  • ‘Cover image’ ialah sesuatu yang amat penting. Ada sebabnya ‘cover image’ dipapar pada atas sekali dan anda perlu memastikan maklumat yang betul disampaikan kepada pengguna. Jangan membazirkan peluang untuk menarik perhatian pengguna dengan ‘cover image’ yang dapat memberi gambaran positif kepada mereka.

2. Mengemaskini Maklumat Facebook Page

Anda boleh mengemaskinikan semua maklumat asas perniagaan anda yang berguna untuk pengguna sasaran anda seperti nombor telefon, laman web dan lain-lain lagi.

page info bar

Selain daripada butang CTA dan ‘cover image’, pengguna mungkin hendak lebih banyak maklumat mengenai perniagaan anda.

Anda perlu tahu yang maklumat tepat mengenai perniagaan anda amat penting untuk membina kepercayaan dengan pelanggan atau pengguna dalam sesuatu perniagaan.

page info button

Butang untuk mengubah maklumat page anda hanya di bawah ‘cover image’.

  • Klik symbol ‘…’ dan pilih ‘Edit Page Info’.

page info popup

Setiap ‘tab’ mengandungi ruang untuk menambah atau mengubah maklumat anda.

  • Klik ‘save changes’ untuk menyimpan sebarang perubahan yang anda telah buat dalam ruang tersebut.

Maklumat tambahan:
Facebook page bukan sekadar tempat untuk mempromosi perniagaan anda sahaja tetapi juga melambangkan jenama anda dalam dunia ‘online’. Facebook telah memudahkan pemilik perniagaan untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka dengan menggunakan Facebook page yang senang dikendali.

 

**Artikel di atas ditulis oleh Softinn Solution**

Softinn Solutions Sdn. Bhd. merupakan syarikat teknologi pelancongan baru yang menghasilkan cloud-based sistem penempahan hotel untuk hotel butik dan sederhana. Mari lihat bagaimana kami membantu beratusan hotel untuk menguruskan perniagaan mereka dengan lebih mudah dan meningkatkan hasil jualan mereka.

WP_20161230_16_45_21_Pro

Leave A Comment?