Seminar Perundangan Hom2Stay telah berlangsung pada 26 dan 27 Januari 2019 di Ayer Keroh, Melaka. Seminar ini dengan kerjasama MARA, MyCribBooking dan LetsGoHoliday telah mengumpulkan para pengusaha homestay, hotel, dan persatuan homestay untuk mengupas isu mengenai implementasi undang-undang homestay, cara meningkatkan sales dari homestay dan digital marketing hack untuk pengusaha homestay di zaman siber.
Pengusaha homestay di Malaysia tidak senang duduk kerana muncul dengan pelbagai pertanyaan yang tidak terjawab selepas Kerajaan Malaysia mengumumkan implementasi undang-undang terhadap para pengusaha homestay yang memerlukan mereka untuk mendaftar perniagaan masing-masing dengan pihak Kerajaan.
Baca: https://blog.mysoftinn.com/2019/01/22/homestay-regulation/
Terma:
- MOTAC
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya atau Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC)
- SSM
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Para pengusaha homestay perlu menggantikan “homestay” dengan “hom2stay” kerana perkataan “homestay” khusus digunakan untuk tetamu yang tinggal bersama tuan rumah atau hos. Manakala, nama “hom2stay” adalah lebih tepat merujuk kepada penginapan atau sewaan bed and breakfast.
Para pengusaha hom2stay perlu mendaftar perniagaan mereka dengan MOTAC,kemudiannya mendaftarkan nama perniagaan dengan SSM dan mendapatkan lesen perniagaan daripada majlis perbandaran lokaliti masing-masing.
Berikut adalah beberapa maklumat penting daripada badan-badan berkuasa berkenaan operasi perniagaan Hom2stay
Maklumat dari pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
- Pendaftaran perusahaan Hom2stay:
- Semua pengusaha hom2stay perlu berdaftar di bawah MOTAC dan kemudiannya mendapatkan lesen daripada Majlis Perbandaran yang berkenaan.
- Syarat-syarat untuk pendaftaran Hom2stay:
- Rumah dengan 5 bilik atau lebih
- Mengikut Seksyen 31A Industri Perlancongan 1992
- Akta 482 untuk mana-mana premis yang digunakan untuk perniagaan dan penginapan mestilah didaftarkan dengan MOTAC
- Tiada pembayaran dikenakan untuk pendaftaran sehingga 31 Mac 2019
- Hanya perlu membawa kad pengenalan, IC
- Selepas pendaftaran dengan MOTAC, terus mendaftar dengan SSM, Majlis Perbandaran dan persatuan homestay yang berkenaan di tempat anda.
- Pengkelasan hom2stay mengikut kategori servis
- Akan ada pelan untuk mewujudkan mekanisme atau pengkelasan Hom2stay seperti hostel bandar, kategori ala-ala hotel 3, 4, 5 bintang. Ini untuk meningkatkan tahap servis yang ditawarkan Hom2stay.
- Makna “homestay”: program yang direka untuk penginap mendapatkan pengalaman budaya dan 99% adalah di kawasan luar bandar. Ianya bertujuan untuk membangunkan ekonomi luar bandar.
- Homestay untuk segmen premis perniagaan = Hom2stay?
- Tiada kriteria khusus dikenakan oleh MOTAC. Tiada kriteria kerana terdapat pelbagai jenis rumah dan ianya mengikut kemampuan pemilik rumah. Tidak boleh membuat kriteria untuk membandingkan jenis-jenis rumah yang pelbagai kepada standard resort, chalet dan sebagainya.
- Bagi program homestay, kriteria perbandingan adalah mengikut standard ASEAN. Antaranya perlu ada tandas di dalam rumah.
- Perbezaan homestay dengan Hom2stay:
- Homestay: pemilik rumah duduk bersama dengan penginap
- Hom2stay: Penginap tidak mengenali dan tidak duduk sekali dengan pemilik
- Pelesenan bagi pemilik-pemilik Hom2stay adalah perlu untuk berlaku adil kepada pemilik-pemilik hotel yang membelanjakan kos operasi yang tinggi dan membayar cukai. Setiap pemilik perniagaan yang menawarkan servis penginapan termasuk Hom2stay mempunyai tanggungjawab untuk membayar cukai dan mewujudkan peluang pekerjaan sebagai sumbangan kepada negara.
- Pengkelasan khusus bagi jenis-jenis Hom2stay sukar untuk diwujudkan buat masa sekarang. Tindakan yang boleh diambil sekarang adalah untuk pemilik-pemilik Hom2stay untuk berdaftar dengan MOTAC untuk MOTAC membina sebuah database. Pemilik Hom2stay juga patut membentuk persatuan dan boleh mendapatkan latihan daripada badan-badan kerajaan yang menawarkan kursus hospitaliti bagi membantu membentuk SOP dalam operasi Hom2stay.
Mengenai lesen perniagaan di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
- Syarat pendaftaran lesen: tidak ada bilangan minimum bilik. Homestay 1 bilik pun perlu berdaftar dengan MBMB. Asalkan terdapat urus niaga yang berlaku, setiap homestay perlu mendapatkan lesen perniagaan dengan MBMB.
- Harga lesen: RM150 per rumah.
- Syarat rumah yang digunakan untuk hom2stay: Rumah hak milik sendiri. Tidak boleh disewa daripada rumah orang lain. (exception for some cases)
- Syarat persetujuan lain: Perlu mendapatkan persetujuan jiran-jiran (Termasuk jiran depan, belakang tepi rumah dan persatuan penduduk taman perumahan. Hal ini kerana kebanyakan aduan yang diterima berkenaan homestay adalah daripada jiran-jiran homestay)
- Rangkamasa pelesenan: MBMB akan mengeluarkan lesen perniagaan dalam tempoh 6 bulan. Tempoh 6 bulan pertama ini adalah tempoh pemantauan untuk mempertimbangkan syarat-syarat bangunan homestay. Lesen hanya akan dikeluarkan setelah lulus dengan syarat-syarat yang ditentukan. TIDAK ADA LESEN SEMENTARA diwujudkan. MBMB hanya akan mengeluarkan lesen setelah 6 bulan. Selepas 6 bulan, jika pemilik homestay tidak menurut syarat lesen perniagaan, pemilik homestay akan dikenakan kuatkuasa MBMB. Setiap kes akan diberikan 3 kali peluang untuk mendapatkan lesen dengan mengikut syarat yang ditetapkan. Setiap 1 kali percubaan itu mempunyai tempoh 6 bulan. (3 kali = 18 bulan).
- MBMB tiada undang-undang kecil khusus untuk homestay.
Cara pendaftaran nama perniagaan di SSM:
- Kebanyakan masalah yang dihadapi pemilik homestay adalah masalah mendaftaran nama perniagaan.
- Untuk homestay, tidak boleh berdaftar sebagai ‘’enterprise’’.
- Homestay boleh berdaftar sebagai ‘’syarikat’’
- Perlu menggunakan perkataan ‘’guesthouse’’ atau ‘’short-term rental’’, tidak boleh menggunakan perkataan ‘’homestay’’ dan ‘’inap desa’’.
- Cara mendaftar SSM: daftar secara online atau bawa kad pengenalan ke pejabat SSM. untuk mengubah nama perniagaan, perlu ke MITC atau UTC.
- Nama ‘’homestay’’ dibawah pendaftaran sebagai ‘’enterprise’’ adalah tidak dibenarkan.
- Penggunaan nama ‘’homestay’’ perlu mengikut kriteria yang ditetapkan MOTAC.
Makluman dari pihak Lembaga Hasil dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN):
- Program Pengakuan Khas Sukarela untuk semua pembayar cukai bermula November 2018 sehinga 30 Jun 3019.
- Fasa pertama: 3 November 2018 – 31 Mac 2019: dapatkan kadar bayaran penalti 10%
- Fasa kedua: 1 April 2019 – 30 Jun 2019: 15%
- Selepas 30 Jun 2019: Kadar bayaran penalti dikenakan 80% – 300%
- Kategori yang boleh mendapatkan kadar bayaran penali 10-15%:
- Kategori individu
- Kategori perniagaan
- Kategori syarikat sendirian berhad – cukai sebagai perniagaan
- Rumah Hom2stay boleh dilindungi dengan insurans dengan syarat mendapatkan lesen perniagaan terlebih dahulu. MOTAC mengesyorkan pemilik-pemilik Hom2stay untuk mendapatkan lesen dan insurans. LHDN juga membolehkan penggunaan insurans ini untuk mengurangkan cukai yang dibayar oleh pemilik Hom2stay.
Isu lain yang diketengahkan:
- Penggunaan Hom2Stay dari tahun ini. ‘’Home2stay’’ akan disemak. Elakkan penggunaan perkataan ‘’Homestay’’ dan ‘’Inap desa’’. Digalakkan juga untuk menggunakan perkataan ‘’guesthouse’’ dan ‘’lodges’’
- Untuk pengusaha homestay di Muar: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2017/10/336131/pengusaha-inap-desa-rumah-penginapan-perlu-ada-lesen
- Pendaftaran Homestay MOTAC adalah untuk hotel dan hotel bajet; tidak pasti sama ada undang-undang ini dikuatkuasa kepada pemohon Hom2stay.
Gambar-gambar sekitar Seminar Perundangan Hom2Stay:
Leave A Comment?