Malaysia – Salah Satu Negara Yang Terbaik untuk Pelancongan Perubatan

Pelancongan perubatan merupakan pelancongan di mana seseorang akan melawat dari satu negara ke negara lain untuk tujuan rawatan dan penjagaan untuk pembedahan. Banyak orang seperti mereka yang tinggal di Malaysia pun berkemungkinan tidak tahu bahawa Malaysia ialah salah satu destinasi terkenal yang dicari oleh orang asing untuk mendapatkan rawatan.

Kerajaan telah mula menitikberatkan pelancongan perubatan sebagai salah satu cara diversifikasi ekonomi dalam industri kesihatan dan pelancongan semasa krisis kewangan Asia muncul pada 1997. Dalam 2009, Kementerian Kesihatan telah menubuhkan Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) untuk berkhidmat sebagai agensi utama dalam mempromosikan dan membangunkan industri pelancongan perubatan negara. MHTC sedang gigih bekerjasama dengan pembekal perubatan dari peninsula Malaysia untuk membangkitkan kesedaran atas perkhidmatan kesihatan Malaysia yang bertaraf dunia.

1

Anda Mungkin Hairan, Mengapa Malaysia?

Zaman sekarang, mata wang Dollar yang semakin mantap dan tiket pernerbangan yang lebih murah telah menyebabkan Malaysia bukan sahaja terkenal sebagai tempat bercuti, malah juga sebagai tempat di mana pesakit luar mendapat rawatan yang berkualiti dengan kos yang rendah. Penang dan Kuala Lumpur ialah pusat perubatan utama diikuti oleh Melaka di tempat ketiga. Ketiga-tiga bandar ini mempunyai kemudahan lapangan kapal terbang yang dapat memudahkan pesakit dari luar untuk melawat ke negara kita.

Selain itu, Malaysia mempunyai beberapa doktor pakar yang terbaik di Asia. Kebanyakan doktor ini telah menjalani latihan di US, UK atau Australia. Apatah lagi, doktor di sini boleh bertutur dalam pelbagai bahasa. Terdapat beberapa hospital di Penang dan Kuala Lumpur telah menjadi penerima anugerah pertama dalam United States’ prestigious Joint Commission International (JCI).

Malaysia sememangnya tempat pelancongan yang terkenal. Kerajaan Malaysia mempunyai sasaran untuk mencecah jumlah 32 juta pelancong dalam 2017 di mana sebanyak 1 juta orang ialah pelawat perubatan. Memandangkan pelancongan perubatan banyak melibatkan pelancong yang  berpendapatan tinggi dari negara maju atau negara yang sedang membangun, mereka dapat membawa keuntungan kepada perniagaan tempatan terutamanya mereka yang menyediakan perkhidmatan hospitaliti.

Berdasarkan MHTC, Malaysia ialah salah satu destinasi utama di dunia untuk pelancongan perubatan diikuti oleh negara seperti Costa Rica, Columbia, Mexico dan Thailand.

2

Pelancongan Perubatan Sedang (Masih) Membangun Di Malaysia

Berdasarkan surat khabar tempatan TheStar, rawatan yang biasa dicari ialah cardiology, orthopaedics, in-vitro fertilization (IVF), neurology, oncology, dentistry, cosmetic surgery dan health screenings. CEO Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) – Sherene Azura Azli mengatakan bahawa negara kita dapat melihat angka dalam pelancongan perubatan akan meningkat.

Malaysia telah memenangi Best Medical Travel Award untuk 3 tahun berturut-turut. (2015-2017)

3
The International Medical Travel Journal (IMTJ) Awards 2017 telah dianugerahkan kepada CEO MTC, Sheren Azli (center) TheStar

Malaysia mempunyai ekosistem dan infrastruktur untuk membekalkan sistem dan perkhidmatan perubatan berkualiti yang mampu bertanding secara global.” – Sheren Azli, CEO of MHTC.

Beberapa penyataan daripada Sheren Azli.

  • Dalam 2016, lebih daripada 860,000 pelancong perubatan mendapatkan rawatan di Malaysia. Hal ini telah menjana RM 1 bilion pendapatan daripada pelancongan perubatan untuk negara kita.
  • Dalam 2017, anggaran sebanyak 1 juta orang pelancong perubatan akan melawat ke Malaysia dan dijangka membawa pendapatan berjumlah RM 1.3 bilion kepada negara.
  • Pesakit luar akan menggunakan lebih kurang RM 1000 dalam kos perubatan untuk setiap rawatan, tidak termasuk perbelanjaan lain di Malaysia.
  • Secara puratanya, seorang pelancong perubatan akan memberi sumbangan sebanyak dua kali ganda kepada ekonomi Malaysia kalau dibandingkan dengan pelancong biasa.
  • Terdapat 30% pertumbuhan tahunan dalam pelancongan perubatan.
  • Hospital-hospital swasta di Malaysia mempunyai jangkaan 15,000 katil.

4

Apa Yang Hotel Boleh Buat untuk Menarik Pelancong-pelancong Perubatan?

Memahami latar belakang mereka.

Anda perlu jelas akan negara asal mereka, jangka musim mereka datang untuk mendapatkan rawatan dan sebagainya. Selepas mereka tinggal di hotel anda, boleh cuba membuat promosi memandangkan mereka telah mengetahui nama hotel anda. Anda dapat memberi harga khas atau kod promo supaya mereka akan membuat direct booking pada masa depan. Hal ini kerana terdapat besar kemungkinan pelancong tersebut akan datang balik melawat ataupun mereka akan mengesyorkan kepada kawan mereka. Anda akan sedar bahawa kosnya lebih rendah kalau dibandingkan dengan hanya bergantung kepada Online Travel Agency untuk membawa booking. Tambahan pula, pelancong perubatan ialah pelanggan yang berpotensi akan pulang semula.

Memberi perkhidmatan hospitaliti yang terbaik kepada pelanggan.

Apabila mereka daftar keluar dari hotel, anda boleh meminta mereka untuk meninggalkan ulasan bagi hotel anda. Lebih banyak ulasan yang baik akan menggalakkan lebih banyak pelanggan untuk menempah hotel anda daripada hotel lain. Satu kajian menyatakan bahawa seorang pelanggan akan membaca paling kurang 6 ulasan sebelum bercadang untuk membuat online booking.

Bukan semua pelancong perubatan akan tinggal di hotel 5 bintang.

Ada juga yang lebih gemar tinggal di hotel bajet atau hotel sederhana. Hotel sederhana juga dapat memberi sesuatu sebagai tanggapan baik kepada pelancong perubatan. Pihak hotel dapat mengosongkan bilik unit aras bawah bagi pesakit khas yang tidak mampu berjalan banyak.

Mempunyai laman web hotel anda sendiri.  

Hal ini amat penting dalam memberi gambaran yang baik kepada pelanggan supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang lain semasa membuat keputusan. Menyenaraikan hotel anda di laman OTA hanya akan merancakkan persaingan antara hotel dalam industri yang sama. Hotel juga akan dipaksa untuk memberi insentif kepada OTA untuk berada di kedudukan senarai yang lebih atas.

Iklan hotel anda di OTAs (Online Travel Agencies)

Kebanyakan pelanggan hotel teroka hotel melalui OTAs (e.g. Agoda, Booking.com). Sebagai pengusaha hotel, senariken hotel anda di OTAs adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengiklankan bisnis anda. Kita rekomen pengusaha hotel gunakan teknologi hotel channel manager untuk menyelesai masalah overbooking and teknologi hotel PMS.

Sila baca mengenai perbezaan antara Direct Booking & Online Travel Agency (OTA) and what effects they have on hotel.

**Artikel di atas ditulis oleh Softinn Solutions**

Softinn Solutions Sdn. Bhd. merupakan syarikat teknologi pelancongan baru yang menghasilkan cloud-based sistem penempahan hotel untuk hotel butik dan sederhana. Mari lihat bagaimana kami membantu beratusan hotel untuk menguruskan perniagaan mereka dengan lebih mudah dan meningkatkan hasil jualan mereka.

Homestay and hotels near Mahkota Medical Centre Melaka

Leave A Comment?