Anda telah berjaya mencipta kod promo dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan ke homestay atau hotel anda, tapi anda tidak pasti bagaimana untuk menghebahkan ia kepada seramai mungkin. Macam pernah dengar, bukan?
Dalam memasarkan perniagaan homestay atau hotel anda, penghebahan adalah faktor yang sangat penting. Jangan biarkan usaha anda dalam mencipta kod promo untuk pelanggan terbazir begitu sahaja. Maksudnya, tidak tahu di mana dan bagaimana untuk menghebahkan kod promo tersebut.
Artikel ini ditulis untuk membantu anda tentang apa yang perlu anda lakukan untuk menghebahkan kod promo yang telah dicipta di dalam Softinn Extranet.
Sebelum kita pergi lebih jauh, langkah pertama setelah mencipta kod promo ialah mencipta artwork ringkas. Anda boleh menggunakan software percuma seperti Canva untuk mencipta artwork bagi kod promo anda.
Ini cara bagaimana untuk menggunakan Canva:
- Daftar akaun Canva
- Klik pada butang “Create Design” dan pilih jenis design
- Banyak template design yang anda boleh pilih percuma. Klik saja pada mana-mana template percuma dan mula edit
Boleh juga rujuk kepada video ini tentang bagaimana untuk mengggunakan Canva.
Setelah anda berjaya mencipta artwork untuk kod promo anda, sekarang tibalah masanya untuk anda menghebahkannya kepada orang ramai.
Hebahkan melalui Facebook page
Jika anda mempunyai Facebook page untuk perniagaan homestay atau hotel anda (anda memang patut ada!), pastikan anda berkongsi tentang promosi terkini anda ini dengan fans anda. Semua orang sukakan diskaun, bukan?
Hebahkan melalui Whatsapp broadcast list
Berinteraksi dengan pelanggan anda menggunakan Whatsapp broadcast list. Jika pelanggan tersebut pernah menempah dengan anda, anda pastinya mempunyai nombor telefon mereka di dalam storan telefon anda. Gunakan nombor telefon mereka untuk berkongsi tentang promosi terkini yang sedang anda jalankan.
Tiada masalah tentang artwork jika anda telah menyiapkannya terlebih dahulu sebelum menghebahkan tentang promosi anda. Fikirkan idea kod promo yang kreatif yang boleh membuat pelanggan anda teruja untuk menempah semula dengan anda. Ianya boleh jadi seringkas “Dapatkan 50% diskaun pada malam kedua jika anda menempah dengan kod promo SAYADATANGLAGI”.
Hebahkan di laman web atau blog anda
Perjalanan pelanggan dalam menempah penginapan biasanya bermula melalui search engine (kebarangkaliannya adalah Google) di mana mereka akan menaip kata kunci seperti “Homestay Murah Melaka” atau “Hotel Berdekatan Mahkota Parade”.
Jika anda mempunyai laman web sendiri atau blog untuk perniagaan homestay atau hotel anda, anda harus memastikan segala info yang tertera dikemaskini dari masa ke semasa. Kemaskini laman web atau blog anda dengan memasukkan info tentang promosi terkini yang anda jalankan.
Fikirkan juga untuk menambah sistem tempahan (booking engine) di dalam web anda jika anda belum mempunyai apa-apa sistem tempahan. Jika anda menggunakan servis Softinn, anda boleh menggunakan sistem tempahan yang disediakan secara percuma di dalam laman web atau blog anda.
Hebahkan menggunakan QR code
Salah satu cara unik untuk menarik pelanggan anda untuk menempah semula dengan anda ialah dengan meletakkan QR code tentang promosi terkini anda di hartanah anda.
Softinn telah menaiktaraf Promo Code System di mana bukan sahaja pelanggan kami dapat mencipta kod promo, mereka juga boleh memuat turun QR code spesifik kepada kod promo mereka untuk di cetak dan diletakkan di homestay atau hotel mereka.
Apabila tetamu scan QR code tersebut, mereka akan dibawa kepada sistem tempahan pelanggan kami dengan kod promo tersedia. Dengan ini, tetamu boleh mengambil gambar QR code tersebut untuk kegunaan mereka pada masa hadapan.
Anda juga boleh memasukkan QR code ini di dalam hebahan anda di Facebook page, Whatsapp broadcast list dan juga di dalam laman web atau blog.
Harapnya tips ini dapat membantu anda dalam menghebahkan kod promo anda dengan lebih efektif!
Leave A Comment?