Langkah- langkah mempromosikan homestay anda dengan ‘Promo Code’

Untuk versi English: klik di sini.

Jika anda ingin melancarkan promosi sebagai suatu strategi pemasaran bagi hotel atau homestay anda dengan menggunakan kod promosi, berikut merupakan langkah yang diperlukan.

Langkah-langkah untuk mencipta kod promosi:

Langkah 1: Layari Softinn Extranet.

Langkah 2: Tekan ‘More’ yang terdapat di bar navigasi.

Langkah 3: ‘Scroll’ ke bawah dan klik pada ‘Create Promo Code’ (seperti gambar yang ditunjukkan di bawah).

Langkah 4: Anda akan diarahkan ke halaman ‘Promotion’. Klik pada butang hijau ‘+’.

PERINGATAN: Senarai kod promo yang dibuat sebelum ini akan ditunjukkan di halaman ini juga.

Langkah 5: Isikan maklumat dalam ‘pop-up window- Add Promotion’. Pastikan anda mengisi maklumat yang diperlukan terutamanya maklumat yang bertanda simbol merah * (seperti gambar yang ditunjukkan di bawah).

Anda juga boleh merujuk kepada “Panduan Tambahan untuk Kod Promosi” di bahagian bawah artikel ini untuk penerangan selanjutnya.

Langkah 6: Selepas anda ketik butang pada ‘Save Changes’, pop-up window akan muncul pada skrin. Klik sekali lagi pada butang ‘Yes, add now!

Langkah 7: Mesej ‘Done’ akan menunjukkan bahawa anda telah berjaya mencipta kod promosi baru.

Panduan Tambahan untuk Kod Promosi

Kategori  Penerangan
Promotion Type:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdapat tiga jenis promosi:

  1. Basic
    • Tiada syarat khusus bila tetamu perlu membuat tempahan sebelum tarikh check-in.
  2. Early Bookers
    • Promosi ini adalah untuk menggalakkan pelanggan membuat tempahan awal..
    • Anda boleh tentukan bilangan hari sebelum tarikh check-in sebagai syarat untuk pelanggan layak menerima diskaun promosi.
    • Contoh: Jika anda telah tentukan 14 hari sebelum tarikh check-in sebagai syarat promosi, hanya pelanggan yang menempah sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh check-in mereka akan mendapat diskaun promosi.
  3. Last Minute
    • Promosi ini adalah untuk pelanggan yang suka membuat tempahan di saat akhir.
    • Anda tetnukan bilangan hari sehingga tarikh check-in sebagai syarat untuk pelanggan layak menerima diskaun promosi.
    • Contoh: Jika anda telah tentukan 2 hari sehingga tarikh check-in sebagai syarat promosi, hanya pelanggan yang membuat tempahan sama ada 2 atau sehari sebelum tarikh check-in akan mendapat diskaun. Pelanggan yang membuat tempahan 3 atau lebih hari sebelum tarikh check-in tidak akan dapat diskaun promosi ini.
Issuer:
(Pengeluar)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdapat dua jenis pengeluar:

  1. Merchant Issuer:
    • Pilih pilihan ini untuk mecipta kod promosi serta melancarkan promosi anda.
    • Caj transaksi Softinn akan dikira selepas diskaun yang diberikan.
    • Sebagai contoh:
      • Kod Promosi (Promo Code) = DISCOUNT10
      • Jumlah diskaun = $10
      • Booking Value = $100
      • Jumlah dibayar oleh pelanggan = 100 – 10 = $90
      • Caj transaksi Softinn = 12%
      • Caj transaksi Softinn = 90 * 12% = $10.80
      • Bayaran kepada Hotel/ Merchant/ Villa = 90 – 10.80 = $79.20
  • Softinn Issuer:
    • Pilihan ini TIDAK tersedia untuk hotel/ merchant/ villa. Hanya dilancarkan oleh Softinn dan diskaun tersebut akan ditanggung oleh Softinn.
    • Bayaran transaksi Softinn akan menanggung diskaun yang diberikan.
    • Sebagai contoh:
      • Kod Promosi (Promo Code) = DISCOUNT10
      • Jumlah diskaun = $10
      • Booking Value = $100
      • Jumlah dibayar oleh pelanggan = 100 – 10 = $90
      • Caj transaksi Softinn = 12%
      • Caj transaksi Softinn = 100 * 12% = $12.00
      • Bayaran kepada Hotel/ Merchant/ Villa = 100 – 12.00 = $88.00
Status:

 

 

 

Terdapat juga dua jenis status:

    1. Active: Untuk kempen yang aktif
    2. InActive: Untuk kempen yang tidak aktif.
  • Pelanggan tidak dapat menggunakan kod promosi tersebut jika status kod promosi itu tidak aktif.
Name: Nama promosi. Nama ini akan ditunjukkan pada ‘widget’ promosi.
Promotion Code: Kod promosi yang digunakan oleh pelanggan semasa membuat tempahan bagi mendapatkan diskaun.
Discount:

 

 

Nilai diskaun dimasukkan sebagai peratusan (%) atau kadar / jumlah ($).

Percentage (%): Diskaun akan diberikan dalam peratusan.

Rate / Amount ($): Diskaun akan diberikan dalam kadar/ jumlah.

Total Quantity: Berapa kali kod promosi boleh digunakan? Tetapkan had tuntutan yang layak untuk promosi anda.
Promotion Start From:

 

 

 

 

 

 

Tetapkan tarikh tempahan yang layak mendapat diskaun.

Contohnya:

  • Start from 01.Jan.2017
  • To 31.Jan.2017
  • Ini bermaksud pelanggan hanya boleh menggunakan kod promosi semasa membuat penempahan (booking) dari 01.Jan.2017 hingga 31.Jan.2017 tanpa mengira tarikh kemasukan (check-in date).

Gunakan kolum ini jika anda menjalankan kempen. Contohnya, anda mahu pelanggan anda membuat tempahan dalam tempoh tertentu.

Biarkan ia kosong jika anda mahu kod promo ini tersedia sepanjang tahun.

Allow Check-In From:

 

 

 

 

 

 

 

Tetapkan tempoh tarikh daftar masuk dan tarikh daftar keluar yang layak untuk mendapat diskaun.

Contohnya:

  • Start from 01.May.2017
  • To 02.May.2017
  • Ini bermaksud pelanggan boleh menggunakan kod promosi semasa membuat tempahan tarikh daftar masuk ialah 01.May.2017 dan tarikh daftar keluar on 02.May.2017 tanpa mengira berapa kali mereka membuat penempahan.

Gunakan kolum ini jika anda ingin menjalankan kempen di mana anda mahu menetapkan tarikh daftar masuk dan tarikh daftar keluar pelanggan anda.  Anda boleh menggunakannya untuk menjalankan diskaun semasa musim ‘off-peak’. Biarkan ia kosong jika anda mahu kod promo ini boleh didapati untuk daftar masuk sepanjang tahun

*Tetapi cara ini tidak disyorkan, kami cadangkan untuk menetapkan had sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan.

Minimum Booking Rate: Kadar minimum untuk mengaktifkan kod promo.
Minimum Nights: Minimum malam menginap untuk mengaktifkan kod promo.
Max Nights: Maksimum malam menginap untuk mendapatkan kod promo.
Eligible Room Types: Kod promo hanya digunakan untuk jenis bilik tertentu. Biarkan ia kosong jika anda mahu kod promo diguna oleh semua jenis bilik.
Eligible Days: Kod promo hanya boleh digunakan pada hari tertentu. Biarkan ia kosong jika anda mahu kod promo digunakan setiap hari. (Isnin – Ahad).
Apply Public Holiday: Adakah kod promo boleh dipakai semasa cuti umum? Pilih “Tidak” jika anda tidak mahu kod promo dipakai semasa hari cuti umum agar dapat memaksimumkan pendapatan anda.
Apply Discounted Rates:

 

Adakah kod promo boleh dipakai dengan promosi khas lain? Pilih “Tidak” jika anda tidak mahu kod promo dipakai di atas harga diskaun yang diberikan dalam sistem.

Jika tidak, pelanggan boleh menikmati diskaun yang lebih banyak daripada kadar diskaun asal yang diberikan

Set this promotion for private use only: Adakah kod promo untuk kegunaan peribadi sahaja? Pilih “Tidak” jika anda mahu promosi anda muncul pada halaman promosi LGH.
Unique Code:

 

 

 

 

 

 

Terdapat 2 pilihan:

Yes: Ini bermakna kod promo unik akan diberikan. Sebagai contoh:

  • DISCOUNT10-a1n312
  • DISCOUNT10-asdfsaf
  • DISCOUNT10-li2342ll

Sistem akan menghasilkan ini secara automatik berdasarkan set “Jumlah Kuantiti“.

No: Ini bermaksud hanya satu kod promo yang diberikan. Sebagai contoh:

  • DISCOUNT10

Was this article helpful?

Related Articles

Leave A Comment?