Bagaimana Menambah Booking Melalui Halaman Facebook Page Anda?

Sekiranya anda mempunyai halaman Facebook (FB) untuk hotel / homestay, pasti anda menghadapi masalah kesuntukan masa untuk menjawab mesej-mesej peribadi melalui FB. Kebiasaannya, soalan yang diajukan adalah mengenai kekosongan tarikh ataupun cara tempahan hotel / homestay anda.

Jika mereka bersetuju untuk membuat tempahan, anda perlu lagi mencatat maklumat mereka seperti nama, nombor untuk dihubungi, dan tarikh masuk & keluar secara manual di dalam buku nota atau telefon bimbit. Situasi paling buruk yang berkemungkinan akan berlaku apabila anda menyebut tentang pembayaran deposit, sesetengah daripada mereke tiba-tiba mendiamkan diri. Hal ini menyebabkan usaha dan masa anda terbazir begitu sahaja.

Pihak Softinn memahami betapa rumitnya untuk mengusahakan tempahan melalui Facebook secara manual. Oleh itu, kami telah merakamkan video berserta artikel mengenai cara-cara menambahkan butang “Book Now” ke halaman Facebook anda.

Dengan butang “Book Now” di halaman Facebook, anda hanya perlu meminta FB fans klik pada butang tersebut bagi menyemak kekosongan atau membuat tempahan & pembayaran secara atas talian. Cara ini mampu menjimatkan masa dan anda cuma perlu memfokuskan usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan homestay anda.

Sila lihat panduan video & artikel di bawah:

English Version is here: https://blog.mysoftinn.com/knowledge-base/how-to-add-the-book-now-button-on-facebook-page/

Langkah- langkah menambah “Book Now” button ke halaman Facebook Page Anda.


Sila ikut panduan berikut:

Langkah 1: Layari Softinn Extranet .

Langkah 2: Klik pada MORE yang terdapat di bar navigasi.

Langkah 3: Skroll ke bawah dan klik pada Install to Facebook (seperti gambar yang ditunjukkan di bawah).

 

Langkah 4: Rujuk pada 1. Copy the Booking Engine URL below”, klik butang hijau “Copy” untuk salin (Copy) URL booking engine untuk homestay/ hotel anda.

 

Langkah 5: Layari Facebook page anda dan cari butang warna biru di sebelah kanan. Kemudian, tekan Edit Button (jika anda pernah tambah butang pada FB page anda); ATAU tekan  “Add a Button(jika anda tidak pernah tambah butang pada FB page anda).

Langkah 6: Pilih “Book with you” dan seterusnya tekan “Book Now”. Kemudian, klik Next.

Langkah 7: Pilih Link to website dan tampal (Paste) URL booking engine yang anda salinkan tadi.

Langkah 8: Klik Save. Kemudian klik Finish.

Ta-da!  Butang “Book Now” telah ditambahkan pada halaman Facebook page anda!

Was this article helpful?

Related Articles

Leave A Comment?