Bagaimana Selepas Membalas “accept” Booking Request (BR)?

Apa akan berlaku selepas merchant membalas “accept” untuk menerima Booking Request (BR)?

Sila lihat panduan video & artikel di bawah untuk mengetahui perkara selepas anda membalas ‘accept’ bagi Booking Request:

Apa akan Berlaku Selepas Anda Membalas “accept” Booking Request (BR)?


Sila ikut panduan berikut:

Menerima BR melalui Emel: Sistem Softinn akan menghantar notifikasi kepada guest anda dalam SMS & Emel tentang penerimaan anda. Guest diberi 12jam (selepas anda terima BRnya) untuk melengkapkan penempahan tersebut dengan pembayaran penuh.

Dalam tempoh masa 12jam yang tertentu, setelah guest membuat pembayaran, sistem Softinn akan menghantar pengesahan penempahan (Booking Confirmation) dalam SMS & Emel kepada anda. Dalam SMS & Emel tersebut, butiran guest akan dibagi sepenuhnya. Nombor telepon anda juga akan kami bagikan kepada guest anda.

Selepas 12jam tamat, jika anda tidak mendapat sebarang notifikasi dalam SMS dan Emel, ia bermakna guest tersebut tidak melengkapkan transaksi dengan pembayaran. Sistem kami akan membatalkan tempahan tersebut secara automatik.

Jika guest tersebut hendak menempah lagi, dia diperlukan membuat Booking Request sekali lagi. Jika benar, anda akan mendapat BR SMS & Emel sekali lagi dengan 5 angka unik yang berlainan. Proses membalas Booking request perlu diulangi sekali lagi. Sila rujuk kepada panduan Cara Menerima Booking Request.

Was this article helpful?

Related Articles

Leave A Comment?