5 Cara Menjadikan Hotel Bajet Memiliki Potensi Besar Pada Tahun 2017

Jika anda memiliki sebuah hotel kecil, artikel ini sangat sesuai untuk anda. Artikel ini menerangkan bagaimana hotel-hotel kecil dapat bersaing setaraf dengan hotel-hotel yang besar pada 2017 dengan bajet yang sedikit dan kebebasan yang had dari segi pemasaran.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menggunakan sumber percuma (free resources) dengan sebaik-baiknya. Salah satu ‘free resources’ adalah dengan meletakkan keberadaan hotel anda di internet. Ini sangat penting untuk hotel anda menyerlah di dalam industri pelancongan dan hospitaliti.

Berikut beberapa tips untuk menaikkan hotel anda pada 2017:

1. Sasaran tetamu tertentu

small-hotels-can-make-it-big-1

Memikirkan atau menetapkan sasaran tetamu anda adalah sangat penting supaya apabila anda telah mengetahui siapa sasaran tetamu, anda boleh fokus untuk melakukan segala usaha untuk mencapai kepada sasaran anda tersebut. Tapi sebelum tu, anda perlu memahami pasaran semasa dan situasi hotel anda.

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan adalah:

  • Lokasi Hotel anda
  • Jenis-jenis kemudahan dan perkhidmatan yang anda boleh berikan
  • Potensi pesaing di sekitar lokasi anda dan apa yang mereka lakukan
  • Jika ada apa-apa tarikan berhampiran atau tempat-tempat pelancongan yang berdekatan dengan lokasi hotel anda

Contohnya, jika hotel anda terletak di “World Trade Centre” tetapi sasaran tetamu anda pula adalah remaja yang sedang mencari percutian yang damai, maka anda perlu mengubah sasaran tetamu anda dengan segera. Sebaliknya cuba pelancong peniaga asing.

2. Menyediakan perkhidmatan yang baik walaupun hanya hotel bajet

small-hotels-can-make-it-big-2

Ada dua jenis tetamu atau pelancong yang lebih cenderung untuk menulis ulasan pada hotel. Tetamu yang betul-betul berpuas hati dengan layanan kita atau sebaliknya. Kami yakin anda mesti tidak ingin membaca ulasan dari jenis yang kedua ini betul? Tiada siapa yang sempurna, tapi anda boleh berusaha dengan tidak memberi peluang kepada mereka untuk menulis ulasan yang buruk tentang hotel anda, kerana apabila ia telah ditulis di internet, ia akan kekal di sana selamanya.

Dikatakan bahawa 7 daripada 10 tetamu yang berpuas hati akan menceritakan pengalamannya kepada sekurang-kurangnya 4 orang yang lain. Ini membuktikan bahawa khidmat pelanggan sangat penting sehinggakan kita perlu berani mengambil risikonya. Latih pekerja-pekerja anda untuk menyerlahkan kebaikan di dalam diri mereka dan tunjukkan kepada tetamu yang mereka mengambil berat. Jangan berlagak dan tidak mengendahkan mereka. Benar-benar berinteraksi dengan mereka.

3. Pastikan laman web anda ‘simple’ dan ‘responsif’

small-hotels-can-make-it-big-3

Memberikan maklumat yang ringkas dan relevan adalah penting untuk menjadikan pelawat anda daripada hanya melawat laman web anda kepada menjadi pelanggan anda. Cuba jangan meletakkan informasi yang tidak diperlukan sebagai contoh, penulisan mengenai “menjadi hotel yang pertama di dunia”. Anda boleh lakukan penulisan seperti itu tetapi bukanlah di laman web hotel yang sepatutnya menjadi tempat pertukaran jualan hotel anda.

Sekarang anda sudah mempunyai isi kandungan yang betul, cuba jadikannya kelihatan menarik supaya ia melambangkan identiti hotel anda. Pastikan butang navigasi ke halaman yang paling relevan seperti laman untuk dihubungi, laman tentang hotel anda dan halaman tempahan adalah jelas. Tidak lupa juga, pastikan laman web anda mudah dilihat pada semua peranti terutamanya telefon pintar dan tablet.

Pada peringkat ini, kami anggap anda sudah mempunyai laman web untuk hotel anda. Sekarang sudah masuk ke tahun 2017 dan jika hotel anda masih tidak mempunyai laman web lagi, anda perlu risau bagaimana ingin bersaing dengan hotel-hotel yang besar. Jika anda tidak mempunyainya lagi, dapatkannya secara percuma hari ini. Ia dilengkapi dengan ‘Booking Engine’ sekali.

4. Buat blog atau blog dengan lebih baik

small-hotels-can-make-it-big-4

Jika anda sudah mempunyai laman web hotel tetapi anda tidak mempunyai blog lagi, kemungkinan anda perlu berfikir untuk mewujudkannya. Ramai di antara kita bukanlah seorang Penulis yang profesional tetapi kita boleh menjadikannya sebagai hobi. Antara kandungan yang boleh dikongsi di dalam blog hotel anda adalah tentang sejarah hotel anda, proses pengubahsuaian hotel anda ataupun acara-acara yang diadakan di hotel anda.

Satu perkara lagi, memiliki blog dan memastikan ia dikemas kini dengan kerap dan bermaklumat akan menghasilkan keajaiban untuk anda. Blogging boleh meningkatkan SEO anda dan itulah sebabnya ia adalah satu strategi yang kebanyakan syarikat kini beralih kepadanya untuk mendapatkan nama mereka di bahagian atas halaman hasil carian Google.

5. Gunakan Media sosial

small-hotels-can-make-it-big-5

Kita semua tahu bahawa media sosial adalah percuma tetapi cuba untuk tidak keterlaluan menggunakannya. Pilih platform anda dengan bijak dan cuba untuk tidak terikut-ikut dengan keadaan semasa dan membuat akaun pada setiap platform media sosial. Facebook adalah satu kemestian kerana ia menarik orang daripada semua peringkat umur. Instagram, Twitter dan Pinterest juga adalah permulaan yang baik. Sesetengah platform berfungsi lebih baik daripada yang lain terutama apabila anda mempunyai sumber yang terhad atau ingin mengiklankan produk tertentu.

Apabila anda berada di media sosial, ia adalah penting untuk anda cuba melibatkan diri dengan pengguna anda. Balas komen dan mesej mereka. Jangan hanya membalas ulasan yang baik sahaja, balas juga ulasan yang buruk. Tunjukkan bahawa anda boleh terima kritikan dan bersedia untuk memperbaikinya. Anda juga boleh mengumumkan kembali atau menampilkan tetamu hotel anda di dalam akaun media sosial anda! Itu akan menjadikan mereka lebih daripada gembira untuk kembali.

BONUS: Gunakan Sistem

Softinn mengembangkan sistem hotel merangkumi hotel PMS, channel manager and booking engine. Melalui sistem, pengusaha hotel boleh menjalankan bisnis dengan lebih lancar dan bersistematik.

1 Comment

Leave a Reply to Amir Azman Cancel Reply