6 Cara Kod Promo Dapat Meningkatkan Pendapatan Perniagaan Anda

Promosi merupakan sejenis taktik pemasaran yang digunakan untuk melanjutkan perniagaan anda dalam masa yang singkat.

Softinn Solutions telah mencipta sebuah sistem yang dapat memudahkan para peniaga untuk menbuat pelbagai kod promo. Hal ini membenarkan para peniaga untuk mengubahsuai kod promo mengikut keperluan pelanggan atau musim yang tertentu. Flesibiliti sistem kod promo ini membenarkan para peniaga untuk membuat promosi ikut kreativiti sendiri.

Contohnya, peniaga boleh membuat kod promo dan mengedarkan kepada para tetamu yang hadir ke MATTA Fair. Kod promo boleh dicetakkan atas kad perniagaan atau risalah, tetamu akan lebih berkemungkinan menyimpan kad atau risalah tersebut kerana kebanyakan tidak hairan dengan benda sebegini. Selain itu, kod promo juga boleh dicetak atas resit daftar keluar untuk tetamu hotel supaya mereka akan menyimpan resit tersebut dan lain kali tempah bilik di hotel yang sama.

Anda Mesti Promosikan Hotel dan Homestay Anda Di Online

Young man on the sofa with digital promo code

Apakah Kebaikan Membuat Promosi bagi Hotel dan Homestay?

 1. Mempengaruhi atau menyeru pelanggan untuk membuat keputusan (Untuk Membuat Booking) 

Sebagaimana yang kita tahu, promosi bukan sesuatu yang akan tahan selama-lamanya. Teknik ini akan mempengaruhi sesiapa yang belum mencari hotel terasa akan peluang ini yang begitu susah didapati dan hanya datang sekali-sekala. Apabila anda menjalani promosi ini kepada customer, mereka akan lebih terpikat dengan hotel tersebut.

2. Menyebar melalui Rujukan dan Upsell 

Apa gunanya mempunyai bilik yang cantik dan perkhidmatan yang baik, sekiranya hotel anda tidak diketahui sesiapa pun. Bukankah ini membazirkan peluang untuk memajukan perniaggan anda? Dengan mengadakan promosi, anda boleh cuba memuat-naikkan maklumat promosi ini dalam media sosial seperti Facebook supaya pengguna social media akan berkongsi maklumat tersebut kepada lebih banyak pengguna lain.

Hal ini disebabkan mereka hendak memulakan satu trend baru dan dapat ‘like’ yang banyak daripada pengikut mereka dalam media sosial. Secara keseluruhannya, anda hanya perlu menjadikan promosi satu topik baru dan membiarkan pengguna media sosial untuk merebakkan khabar ini. Ada lagi yang penting ialah promosi anda perlulah menarik dan berbaloi untuk dikongsi.

3. Mencipta Perbezaan

Apabila hotel atau homestay anda mempunyai pakej baru atau baru dibuka, pemberian kod promo dapat menarik lebih banyak pelanggan untuk kunjungi. Anda juga mengatasi pesaing hotel lain dalam kawasan anda. Walaupun pemberian kod promo akan merendahkan margin keuntungan perniagaan anda, tetapi hotel atau homestay anda dapat dahului hotel lain kerana khabar mengenai promosi hotel anda akan merebak dengan cepat.

4. Musim penempahan bilik yang rendah

Di Malaysia, ada satu jangka masa di sekitar bulan Januari sehingga Mac di mana hotel dan homestay akan menerima jumlah tempahan yang agak rendah. Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh membuat promosi untuk menarik perhatian mereka yang tidak bercadang untuk melancong dalam jangka masa tersebut. Pada zaman ini, orang ramai senang tertarik dengan gambar atau iklan yang mensyorkan promosi terhad. Malah, syarikat kapal terbang seperti Airasia akan menampilkan gambar-gambar tempat yang cantik bagi membuat orang rasa nak bercuti segera.

5. Peluang untuk menguji

Andai kata anda hendak tahu kalau fungsi baru dalam hotel akan padan dengan cita rasa tetamu, promosi dapat memberi serba sikit maklumat untuk meguji idea baru untuk pengubahsuaian hotel anda. Dari situ, anda boleh lihat sama ada idea tersebut berbaloi untuk membuat pelaburan dari segi masa dan wang bagi menjadikannya produk atau perkhidmatan tetap.

6. Mengalakkan lebih banyak orang tempah di laman anda berbanding daripada OTA (Online Travel Agency)

OTA (Online Travel Agency) seperti Traveloka, Agoda dan Expedia merupakan cara yang baik untuk mempromosikan nama hotel anda. Namun, kadar komisen yang dikenakan oleh pihak OTA semakin hari semakin tinggi. Apa yang lagi menjengkelkan ialah ada juga tetamu tetap yang masih menempah melalui OTA daripada tempah terus dengan hotel. Hal ini kerana mereka dah biasa menggunakan OTA dan juga anggap OTA memberi harga yang terendah.

Penggunaan kod promo bukan sahaja dapat mengalakkan pelanggan untuk menempah lagi dengan hotel tersebut, malah mereka akan rasa macam diberi pengutamaan sebagai pelanggan hotel anda.

Kod Promo Boleh Mendatangkan Banyak Manfaat, Tetapi Sebelum Anda Rasa Teruja…

Beberapa perkara yang anda perlu perhatikan semasa melaksanakan promosi untuk hotel atau homestay anda.

1. Memahami kos untuk menguruskan hotel anda

Sama ada margin keuntungan, kos operasi atau yang lain, pastikan anda jelas akan beberapa kos yang diperlu untuk menjalankan promosi dan juga kerugian yang dapat ditanggung supaya tidak menjejaskan perniagaan anda dalam jangka masa panjang. Jangan nak saing dengan hotel lain dan membuat promosi yang sama secara buta-buta. Walaupun anda dalam industri sama dan mungkin di tempat yang sama, kos untuk setiap hotel tetap berbeza tidak kira dari segi apa. Oleh itu, semua faktor yang berkenaan dengan promosi yang anda melaksanakan mestilah dapat menjana pulangan yang positif untuk perniagaan anda.

2. Kod Promo bukan penyelesaian untuk jangka masa panjang

Walaupun memberi kod promo mempunyai potensi besar untuk meningkatkan keuntungan business anda, tetapi jikalau produk atau perkhidmatan anda tidak sampai tahap yang tertentu, tiada kempen promosi yang dapat menjamin keberkesanan kod promo ini dapat bertahan lama. Sebabnya ialah kempen promosi hanya sebagai taktik sampingan untuk produk atau perkhidmatan yang baik.

Businessperson Hands Giving Gift Card To Other Businessperson

Apakah Kod Promo dan Bagaimana Kod Ini Berfungsi?

Kod promo merupakan satu kod yang boleh dimasukkan ke dalam laman web e-dagang untuk pelanggan memperoleh diskaun.

Kod promo biasanya mengandungi kombinasi huruf dan nombor untuk senang dibezakan. Kadang-kala, peniaga akan memberi kod promo yang berbeza untuk memilih yang mana lebih berkesan untuk mengeluarkan hasil yang ketara. Kod promo juga boleh diaplikasikan sebagai hadiah percuma atau hadiah kecil. Strategi ini akan lebih mengalakkan penggunaan produk atau perkhidmatan perniagaan anda. Mengikut penyelidikan daripada Claremont Graduate University, mendapat kod promo lagi menggembirakan daripada mendapat satu hadiah.

Apabila satu kod promo diisu, mereka dikatakan sedang memberi insentif kepada pelanggan untuk membeli. Hal ini sebenarnya memanfaatkan kedua-dua pihak. Dari sudut perniagaan, mereka masih mendapat keuntungan walaupun kadar harga yang dikenakan rendah kerana selagi ada pelanggan yang mengguna kod promo selagi itulah mereka akan dapat pendapatan. Dari sudut pelanggan pula, mereka dapat produk yang sama dengan harga yang murah.

Ada lagi satu perkara yang penting untuk perhatikan ialah kod promo boleh diaplikasikan untuk pelanggan baru atau pelanggan tetap. Anda cuma perlu jelas akan jenis pelanggan yang anda hendak menarik perhatian dengan promosi yang sesuai.

Menjejak usaha pemasaran dengan kod promo membolehkan sebuah perniagaan untuk lihat platform mana lebih banyak menarik perhatian pelanggan dan kadar penukaran lebih tinggi. Mengikut majalah Inc. , pemilik perniagaan dapat menjejak prestasi kempen pemasaran mereka dengan melihat keberkesanan kod promo yang digunakan.

Softinn Solutions telah mencipta sistem kod promo yang membenarkan para peniaga menyimpan pelbagai jenis kod promo ke dalam sistem tersebut dan sekaligus menjejak prestasi perniagaan anda. Hal ini adalah untuk memgalakkan para peniaga mengguna cara yang berbeza untuk mempromosikan perniagaan mereka. Anda boleh klik sini untuk membaca tentang bagaimana sistem kod promo berfungsi di Softinn Extranet. Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai sistem kod promo and cara untuk menggunakannya bagi menbuat kod promo yang berbeza mengikut tema yang tertentu.

promo code

Sila melayari homepage Softinn Solutions untuk tahu bagaimana Softinn membantu hotel dan homestay untuk berjimat lebih banyak dengan fungsi utama dalam Softinn Extranet. Apa yang lagi bagus ialah bayaran pendahuluan tidak diperlukan.

Softinn juga membantu hotel atau homestay membina laman web bersiap dengan sistem tempahan dan pembayaran supaya anda menguruskan perniagaan dengan senang.

wordpress-featured-image-01

**Artikel di atas ditulis oleh Softinn Solutions**

Softinn Solutions Sdn. Bhd. merupakan syarikat teknologi pelancongan baru yang menghasilkan cloud-based sistem penempahan hotel untuk hotel butik dan sederhana. Mari lihat bagaimana kami membantu beratusan hotel untuk menguruskan perniagaan mereka dengan lebih mudah dan meningkatkan hasil jualan mereka.

WP_20161230_16_45_21_Pro
Softinn Solutions Sdn. Bhd. yang terdapat di Melaka, Malaysia

2 Comments

  1. Pingback: 6 Cara Dapat Menarik Perhatian Pelancong Untuk Membuat Direct Booking – Softinn's Blog

  2. Pingback: Direct Booking VS Online Travel Agency. Apa Yang Hotel Perlu Tahu. – Softinn's Blog

Leave A Comment?