Cara untuk Memaparkan Homestay atau Hotel Anda di Google.

English Version: https://blog.mysoftinn.com/2018/01/15/how-people-can-easily-discover-your-hotel-and-homestay-on-google/

Google Map yang diperkenalkan oleh Google telah mempunyai hampir 1 billion pengguna setiap tahun. Bukan itu sahaja, Google juga memiliki Waze, iaitu aplikasi navigasi yang popular dalam kalangan pengguna internet hari ini.

Tahukah anda, dengan memaparkan homestay atau hotel pada Google Map merupakan salah satu cara untuk memaklum pihak Google bahawa anda menawarkan perkhidmatan penginapan di sesetengah tempat atau daerah bergantung kepada tempat yang dicari oleh pengguna Google? Setiap pengguna Google boleh mencadangkan sebarang perubahan terhadap perkhidmatan tersebut dengan menambah tempat baru atau menukar alamat penginapan tersebut.

Ciri ini sangat berguna dan mendatangkan manfaat kepada pengguna Google kerana ia membantu pelanggan atau rakan perniagaan anda untuk mendapatkan maklumat tentang kedudukan homestay atau hotel anda.

Jika homestay atau hotel anda masih belum dipaparkan pada Google Map, anda boleh mengikuti langkah- langkah berikut:

Langkah 1: Layari laman web Google Map. (Pastikan anda memiliki akaun Gmail dan anda telah log masuk menggunakan peranti seperti telefon bimbit, laptop atau sebagainya.)

Langkah 2: Cari tempat atau daerah yang berdekatan dengan kedudukan homestay atau hotel anda.

Langkah 3: “Right click” atau klik di kanan tetikus (atau tekan lama pada skrin telefon pintar anda) pada peta dan klik pada “Add a missing place”.

Langkah 4: Isikan nama dan alamat homestay atau hotel anda ke dalam ruang yang disediakan. Sila pastikan anda mengisi bandar, negeri dan Zip Code (jika perlu). Semakin banyak maklumat yang anda sertakan tepat, semakin cepat pihak Google mengesahkan kewujudan alamat homestay atau hotel anda. Anda juga boleh mengisi kategori, nombor telefon, laman web dan waktu perniagaan anda beroperasi (jika ada).

Jika anda mempunyai Facebook page, boleh gantikan website dengan URL Facebook page anda.

Langkah 5: Hantar maklumat anda dengan menekan butang “Submit”.

Perhatian: Cadangan untuk memaparkan homestay atau hotel anda tidak akan wujud pada Google Map serta-merta. Pihak Google akan ambil masa selama 1 hingga 2 minggu untuk mengesahkan permohonan anda sebelum ia paparkan. Anda akan menerima E-mel sama ada permohonan anda berjaya atau tidak dalam masa 2 minggu. 

Seterusnya, tuntut perniagaan anda di Google Map (Cara untuk menguruskan perniagaan anda “di” Google Map).

Selepas Google menerima permohonan untuk memaparkan homestay atau hotel anda pada Google Map, anda boleh mengawal maklumat yang ingin paparkan. Oleh sebab Google membenarkan mana-mana pihak untuk mencadangkan sebarang perubahan pada maklumat homestay atau hotel anda pada Google Map, sesetengah pihak mungkin tersilap mengubah atau mengisi maklumat homestay atau hotel anda.

Justeru itu, dengan menuntut perniagaan anda pada Google Map, anda berhak untuk mengawal maklumat perniagaan anda supaya maklumat yang dipaparkan adalah jelas dan tepat. 

Sumber gambar

Terdapat langkah- langkah yang perlu diikuti untuk mendapatkan ‘free business listing’ bagi homestay atau hotel anda di Google.

Langkah 1: Layari laman web Google Map dan cari nama hotel atau homestay anda. Kemudian klik pada ‘Claim This Business’.

Langkah 2: Google akan menghantar poskad kepada anda untuk mengaktifkan perniagaan anda di Google Map.

Peringatan: Sila pastikan alamat yang diberikan adalah betul dan ia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu untuk sampai kepada anda.

Sebaik sahaja anda menerima “poskad” daripada Google,

Langkah 3: Layari laman web, Google Business dan log masuk dengan menggunakan akaun Gmail anda. Kemudian, anda perlu mengesahkan alamat anda menggunakan kod yang telah diberikan dalam poskad yang telah anda terima. 

Tahniah!

Kini, anda boleh mula mengurus maklumat perniagaan homestay atau hotel anda di Google.

Jika ada mana-mana pihak pengguna ingin mencadangkan dan menukar maklumat homestay atau hotel anda, anda akan menerima Emel daripada pihak Google untuk mengesahkan atau menolak cadangan tersebut.

Sistem Tempahan Homestay

Softinn mengembangkan sistem tempahan homestay, sistem channel manager and satu sistem khas untuk pengusaha homestay and airbnb.

Leave A Comment?