6 Cara Hotel Dapat Menarik Perhatian Pelancong Untuk Membuat Direct Booking

Dalam tahun 2017, hotel-hotel di Timur-Selatan Asia dikatakan mempunyai banyak ruang kemajuan dalam menarik lebih banyak trafik. Kebanyakan hotel masih bergantung kepada OTAs (Online Travel Agency) seperti Agoda dan Expedia untuk meningkatkan jualan mereka. Perkhidmatan OTAs memang memanfaatkan terutamanya jika hotel anda tidak dikenali oleh pelancong disebabkan lokasi anda yang tidak popular untuk dikunjungi oleh para pelancong.

Sebab yang lain hotel di perantauan Timur-Selatan Asia lebih bergantung kepada OTAs ialah kerana OTAs akan tolong mereka membereskan perkara-perkara yang kelihatan rumit bagi pemilik hotel yang sudah biasa dengan cara perniagaan tradisional.

Syarikat seperti Softinn Solutions menyediakan perkhidmatan yang termasuk membina laman web yang pengguna-mesra dan moden dilengkapi dengan sistem tempahan secara percuma kepada hotel-hotel ini. Sebenarnya, anda akan dapat lebih banyak pelanggan dan meningkatkan pendapatan anda sekiranya anda berusaha untuk menguruskan laman web hotel anda.

1. Melabur dalam Sumber Hotel dan Berusaha untuk Mempromosikan Nama Hotel Anda

Lain kata ialah kesan ‘billboard’. Oleh itu, banyak hotel mempunyai laman media social sendiri seperti Facebook, Instagram dan Twitter dan lain-lain lagi. Kebanyakan hotel mempunyai kontrak dengan OTA seperti Agoda dan Expedia untuk meletak nama hotel mereka dalam senarai laman tersebut kerana ramai orang yang biasa mengguna laman seperti Agoda untuk mencari hotel.

Orang zaman ini memang dah disediakan dengan maklumat yang boleh didapati daripada internet dengan menggerakkan ibu jari sahaja, malah maklumat mengenai hotel anda boleh dicari dengan begitu mudah.

Hal ini juga menyebabkan orang ramai akan melawat laman social yang berlainan untuk membuat perbandingan sebelum memilih hotel anda. Dari sini anda boleh lihat pengaruh kuat OTAs. Kalau anda cuba mencari nama hotel dalam google, OTAs selalunya yang akan ditampilkan di muka surat pertama.

Bukankan ini berita yang baik?

OTAs dapat menolong hotel, homestay atau lodge untuk mempromosikan nama mereka dan dikenali ramai melalui online. Oleh itu, tidak peliknya jika hotel terus menggunakan perkhidmatan OTAs. Walaupun begitu, ada perkara yang perlu disedari oleh pemilik hotel.

1
Image from wisetiger

Apa yang pemilik hotel perlu tahu:

  • OTAs tidak mempromosikan hotel anda secara percuma.

Terdapat pembayaran yang akan dikenakan terhadap hotel seperti komisen. OTAs akan menggunakannya sebagai bajet untuk membuat iklan bagi menarik perhatian orang ramai atau para pengembara.

  • Hotel terlalu bergantung kepada OTA dan perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh OTAs.

Hal ini termasuk perubahan kadar komisen yang akan mempengaruh margin keuntungan sebuah hotel.

  • OTAs sebenarnya mempromosikan jenama sendiri.

Di masa depan, orang hanya akan terfikir akan OTAs sekiranya mereka perlu mencari tempat penginapan untuk bercuti.

Oleh hal yang sedemikian, pemilik-pemilik hotel perlu mengimbangkan perniagaan mereka daripada bergantung sepenuhnya dengan OTAs. Sebuah hotel boleh meningkatkan jenama mereka dalam internet dengan membuat laman web hotel yang tersendiri.

Syarikat seperti Softinn Solutions dapat tolong meningkatkan direct booking hotel dengan membina laman web hotel yang dilengkapi dengan sistem tempahan dan bayaran supaya hotel dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

2. Mempunyai laman web yang smartphone-mesra (Mobile Friendly)

2
Image from Websitem

Satu kajian daripada Google mengatakan yang beberapa tahun yang lepas, kadar penukaran telah bertambah lebih daripada 80 peratus dari laman pelancongan atas bimbit. Hal ini telah menunjukkan bahawa makin hari makin banyak orang yang akan membuat tempahan menerusi telefon bimbit.

Hal ini dapat dilihat daripada penjualan ‘smartphone’ yang telah meningkat 7% sejak bulan Oktober 2016. Dengan kata lain, terdapat jumlah 1.49 juta telefon bimbit dijual dalam tahun 2016. Selain itu, data telefon juga lebih murah dan banyak digunakan oleh orang ramai , malah juga termasuk pengguna yang tinggal di negara yang sedang membangun.

Secara kesimpulannya, Google akan mengemaskinikan maklumat dan kalis keluar laman yang lebih pengguna-mesra.

Gambar di atas telah beritahu segala-segalanya.  Andai kata anda mempunyai dua versi laman web hotel, satu mesra-pengguna dan yang lagi satu tidak. Kedudukan mereka pasti akan berbeza. Faktor yang menyebabkan Google meletakkan laman web yang tidak pengguna-mesra di kedudukan yang bawah adalah untuk memberi pengguna ‘smartphone’ perkhidmatan yang memuaskan hati semasa mencari maklumat melalui Google Chrome browser.

Klik Sini untuk Memeriksa Adakah Laman Web Anda Mobile Friendly.

mobile test speed
Sample keputusan oleh Google menunjukkan laman web adalah Mobiel Friendly.

3. Jujur dan Jelaskan Semua Kos Yang Tersembunyi

4

Apabila seorang pelanggan telah melawat laman web hotel anda dan bercadang untuk menempah terus dari situ, anda tentu tidak mahu memeranjatkan mereka dengan kos yang tidak diketahui. Sebahagian laman web hotel hanya menunjukkan jumlah harga yang dikenakan di checkout page setelah pelanggan susah-payah memasukkan maklumat mereka.

Oleh itu, anda perlu memastikan semua kos yang dikenakan seperti cukai kerajaan, cukai perkhidmatan tambahan atau cukai pelancongan telah dipaparkan semasa pelanggan memilih bilik tertentu dan bukannya sampai akhir sekali baru jumlah harga ditunjukkan di checkout page. Banyak hotel yang masih mempraktikkan cara ini dengan menambah bayaran sampingan hanya di tahap terakhir semasa proses pembelian.

Sekiranya pelanggan ini mengabaikan laman web anda, tempat yang akan dikunjungi ialah OTA untuk mencari tawaran yang lebih bagus ataupun membuat tempahan di hotel lain.

4. Menjalankan promosi

5
Image from Softinn Solutions

Ini merupakan salah satu strategi tempahan terus hotel.

Apa yang bagus dengan mempunyai laman web hotel sendiri ialah anda boleh membuat promosi khas untuk sesiapa yang melawat laman web hotel anda. Promosi dapat segera menarik perhatian pengguna dan lebih mengalakkan mereka untuk membuat tempahan terus daripada mencari hotel lain.

Sebagai seorang ‘hotelier’, tahukah sasaran anda?

Setiap hotel mempunyai sasaran mereka sendiri sama ada ahli perniagaan, keluarga, kumpulan pelancongan atau yang lain-lain lagi. Hotel perlu jelas akan sasaran mereka dan memberi promosi yang sesuai mengikut kehendak mereka. Dengan cara ini, hotel dapat menggunakan sumber mereka dengan sepenuhnya dan mendapat tempahan yang maksimum.

Sebagai contoh, sekiranya hotel mempunyai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka berturut-turut setiap minggu pertama secara bulanan, mereka boleh mencetakkan kod promo pada resit check-out pelanggan. Hal ini dapat mengalakkan pelanggan supaya menempah melalui hotel anda daripada mencari OTAs. Anda boleh mengaji keberkesanan kod promo tersebut dengan mencatatkan jumlah pelanggan yang pulang semula ke hotel anda dengan menggunakan kod promo tersebut. Jika mereka berkongsi kod promo tersebut dengan orang lain yang dianggapkan sebagai ‘referral’, kempen promosi ini dikira berjaya.

Bacaan Tambahan:
Belajar bagaimana anda dapat meningkatkan direct booking hotel dengan menggunakan Sistem Kod Promo dalam laman web hotel anda
: 6 Cara Kod Promo Dapat Meningkatkan Pendapatan Perniagaan Anda

5. Usaha Digital Marketing

6
Image from SILC

Jangan memandang rendah terhadap laman web hotel anda.

Laman web hotel dengan reka bentuk yang baik, pengguna-mesra dan butang arahan seperti Book Now dan Gallery akan memberi tanggapan yang baik kepada para pelancong apabila mereka melawat laman web hotel anda. Tanggapan pertama yang menentukan sama ada anda dapat memenangkan hati pelanggan.

  • Membalas setiap pertanyaan di media sosial dan e-mail.
  • Pastikan huraian hotel, jenis bilik dan kemudahan telah dikemaskinikan. Hotel juga boleh menitikberatkan perkhidmatan tambahan seperti tempat letak kereta percuma dan sarapan pagi percuma.
  • Melabur dalam pemasaran jenama sendiri. Mempunyai bajet untuk mempromosikan jenama hotel anda online dan juga offline.
  • Berintegrasi dengan saluran sosial seperti mempunyai sistem direct booking di muka social Facebook hotel anda untuk mempercepatkan proses penempahan.
  • Mengguna email newsletter untuk menjalankan promosi yang hanya didapati di laman web hotel anda. Pengajian telah menunjukkan bahawa promosi melalui email dua ganda lebih berkesan.
  • Google akan mencari blogger yang menulis mengenai hotel anda.

6. Komunikasi Antara Manusia Memang Tidak Dapat Digantikan   

7
Image from hotelogix

Kaunter reception dapat dijadikan sebagai saluran untuk berkomunikasi.

Memastikan pekerja terutamanya di kaunter reception telah dilatih dengan profesional untuk mempromosikan direct online booking hotel. Selain itu, mereka perlu dimaklumkan akan tawaran yang terkini yang hanya boleh ditebus melalui laman web hotel online.

Syarikat seperti Airbnb begitu berjaya bukan hanya kerana mereka mempunyai platform yang dapat mengaturkan tempat penginapan untuk para pelancong, malah memastikan kualiti perkhidmatan tuan rumah sebaik perkhidmatan hotel lima bintang. Dengan berinteraksi, percutian kita akan lebih menyeronokkan.

Walaupun banyak aktiviti yang dibuat secara online, sebuah hotel yang berjaya dapat memberi apa yang tidak dapat digantikan oleh teknologi seperti berinteraksi dan membuat pelanggan rasa gembira. Bak kata lain, inilah cara permainan dalam industri hotel.

Adakah anda bercadang untuk memiliki laman web hotel anda sendiri? Anda boleh membaca What Are The Criteria of Good Instant Booking Engine For Hotels.

atau terus ke laman utama Softinn Solutions untuk mengetahui bagaimana Softinn membantu hotel sederhana dan homestay berjimat dengan mempunyai fungsi utama dalam Softinn Extranets. Apa yang paling bagus ialah tiada bayaran deposit dikenakan.

Softinn menolong hotel atau homestay untuk membina laman web yang dilengkapi dengan sistem tempahan dan bayaran bagi memudahkan pemilik hotel mnjalankan perniagaan mereka.

Screen Shot 2017-04-04 at 09.48.27
Website built by Softinn

**Artikel di atas ditulis oleh Softinn Solutions**

Softinn Solutions Sdn. Bhd. merupakan syarikat teknologi pelancongan baru yang menghasilkan cloud-based sistem penempahan hotel untuk hotel butik dan sederhana. Mari lihat bagaimana kami membantu beratusan hotel untuk menguruskan perniagaan mereka dengan lebih mudah dan meningkatkan hasil jualan mereka.

WP_20161230_16_45_21_Pro
Softinn Solutions terletak di Melaka, Malaysia.

1 Comment

  1. Pingback: Direct Booking VS Online Travel Agency. Apa Yang Hotel Perlu Tahu. – Softinn's Blog

Leave A Comment?