Langkah-langkah untuk Membatalkan Tempahan Anda

Hello Guest! Terpaksa membuat perubahan rancangan percutian? Atau cuti tidak diluluskan oleh boss? Tertanya-tanya bagaimana untuk membatalkan tempahan anda?

Jangan risau, sila rujuk pada panduan video & artikel dibawah:

Langkah-langkah untuk Membatalkan Tempahan Anda


Sila ikut panduan di bawah:

Langkah 1: Semak e-mel pengesahan yang diterima selepas anda membuat pembayaran tempahan. Anda akan jumpa satu “Paid Booking” dalam e-mel anda.

Langkah 2: Skrol ke bawah e-mel. Tekan “Modify or Cancel Booking”

Langkah 3: Jika kod Reservation & e-mel telah diisi secara automatik, anda hanya perlu menekan butang “Request to change date”.
Langkah 3: **Jika kod Reservation & e-mel tidak dipaparkan secara automatik, anda perlu masukkan kod tempahan dan e-mel sendiri. Anda dapat memperoleh maklumat daripada pengesahan tempahan e-mel.

Langkah 4: Seterusnya, tekan “Search”.

Langkah 5: Satu garis masa akan dipaparkan. Status kelayakan bayaran balik juga akan ditunjukkan di bawah garis masa tersebut. Jika anda layak untuk mendapatkan sebarang bayaran balik, jumlah bayaran balik tersebut akan dipaparkan. Sila baca sepenuhnya sebelum membuat keputusan untuk membatalkan tempahan tersebut.

Langkah 6: Sebaik sahaja anda telah membuat keputusan untuk membatalkan tempahan, tekan “Cancel My Booking”.

Langkah 7: Isikan maklumat akaun bank. Sila pastikan ketepatan butiran akaun bank. Sekiranya terdapat kesalahan pada maklumat akaun bank yang diberikan, pihak Softinn tidak akan bertanggungjawab jika bayaran balik dipindahkan ke akaun bank yang salah.

Langkah 8: Selepas anda mengesahkan ketepatan butiran akaun bank, kemudian tekan “Yes, Cancel The Booking”.

**NOTA: Finance Department kami akan memproses bayaran balik dalam tempoh 14 hari bekerja dan anda akan dimaklumkan melalui e-mel apabila pemindahan selesai.

Was this article helpful?

Related Articles

Leave A Comment?