Langkah-langkah untuk Ubahsuai Tempahan Tarikh Daftar Masuk

Hello Guest! Terpaksa membuat perubahan rancangan percutian? Tertanya-tanya bagaimana untuk mengubah suai tempahan penginapan anda? Jangan risau, sila rujuk pada panduan video & artikel dibawah:

Ubahsuai Tempahan Tarikh Daftar Masuk


Sila ikut panduan di bawah:

Langkah 1: Semak e-mel pengesahan yang diterima selepas anda membuat pembayaran tempahan. Anda akan jumpa satu “Paid Booking” dalam e-mel anda.

Langkah 2: Skrol ke bawah e-mel. Tekan ” Modify or Cancel Booking”

Langkah 3: Jika kod Reservation & e-mel telah diisi secara automatik, anda hanya perlu menekan butang “Request to change date”.
Langkah 3: **Jika kod Reservation & e-mel tidak dipaparkan secara automatik, anda perlu masukkan kod tempahan dan e-mel sendiri. Anda dapat memperoleh maklumat daripada pengesahan tempahan e-mel

Langkah 4: Seterusnya, tekan “Search” dan “Request to change date”.

Langkah 5: Pilih tarikh baru yang hendak ditukar.

Langkah 6: Nyatakan alasan pengubahsuaian tarikh tempahan.

Langkah 7: Tekan  “Request To Change Date” dan “Yes. Send Request”.

**NOTA: Permintaan tempahan pengubahsuaian anda adalah bergantung kepada kekosongan. Marketing team kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin sama ada melalui e-mel atau menerusi panggilan telefon.

Was this article helpful?

Related Articles

Leave A Comment?