Kadang-kala anda mendapat beberapa kali Booking Request pada masa yang sama.
Ada beberapa BR yang meminta untuk tarikh check-in yang sama; manakala ada juga beberapa BR yang meminta tarikh check-in yang berlainan.
Ini mungkin berlaku apabila terdapat beberapa guest berlainan meminta untuk tarikh check-in yang sama.
Ataupun, terdapat beberapa guest menghantar BR pada masa yang sama.
Bagi setiap Booking Request (BR) yang berlainan, sistem kami akan memberikan Reservation Code (RV) yang berlainan.
Sila lihat panduan video & artikel di bawah untuk mengetahui cara membalas BR apabila anda mendapat beberapa kali Booking Request pada masa yang sama:
Cara Membalas Apabila Mendapat Beberapa Kali Booking Request Pada Masa Yang Sama
Sila ikut panduan berikut:
Langkah 1: Semak sama ada tarikh check-in yang diminta oleh BR-BR tersebut adalah sama atau berlainan.
JIKA TARIKH CHECK-IN YANG DIMINTA SEMUANYA SAMA:
Langkah 2: Semak sama ada tarikh yang diminta masih ada kekosongan.
Langkah 3: Jika tarikh check-in tersebut masih ada kekosongan, maka ia bergantung pada anda untuk memilih salah SATU BR sahaja dan menerimanya.
Langkah 3: Jika tarikh check-in tersebut TIADA kekosongan, maka ia bergantung pada anda untuk memilih salah SATU BR sahaja dan menolakkannya.
Langkah 4: Setelah anda membuat keputusan mana SATU BR untuk membalas, sila balas BR dengan cara yang betul. Sila rujuk pada panduan Cara Menerima Booking Request. dan Cara Menolak Booking Request
Bagaimana dengan BR yang tidak dipilih untuk membalas? Usah risau, sistem kami akan menolakkannya secara automatik.
JIKA TARIKH CHECK-IN YANG DIMINTA SEMUANYA BERLAINAN:
Langkah 2: Semak sama ada tarikh-tarikh berlainan yang diminta masih ada kekosongan.
Langkah 3: Untuk tarikh check-in yang masih ada kekosongan, sila menerima BR dengan cara yang betul. Sila rujuk pada panduan Cara Menerima Booking Request.
Langkah 4: Untuk tarikh check-in yang TIADA kekosongan, sila menolak BR dengan cara yang betul. Sila rujuk pada panduan Cara Menolak Booking Request .
Leave A Comment?