Kemas kini: Menambah gambar bilik dalam Booking Engine

Catatan ini di bawakan oleh Softinn Solution.  Bersempena dengan ciri terbaru yang dikemaskini iaitu membolehkan pemilik hotel dan homestay untuk memuat naik serta mengubah gambar bilik hotel/homestay mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kepentingan ‘Featured Image’ di dalam laman web, teruskan membaca.

Klik di sini untuk versi Inggeris

(Perhatian kepada Softinn ‘Merchant’) Cara Untuk Muat Turun Gambar pada Bilik Hotel Anda

Langkah 1: Log masuk ke halaman admin Softinn Extranet dengan melayari ke https://booking.mysoftinn.com/ dan pilih “More” dan  kemudian pilih “Room”.main-page-extranet

Langkah 2: Pilih “Edit Details”room-page

Langkah 3: Seterusnya, penyunting bilik akan muncul. Muat naik gambar yang betul, kemudian tekan “Save changes” untuk menyimpan perubahan.room-edit-page

Langkah 4: Akhir sekali, pastikan anda telah memuat naik gambar yang betul. Nantikan tempahan yang akan membanjiri hotel anda!done-update-message

Selepas muat naik gambar, ia akan muncul di dalam “booking engine”after-upload-image

Sila layari laman web Softinn Solution jika ingin mengetahui manfaat menggunakan Sistem tempahan Cloud (Cloud Reservation System)

Sekeping Gambar Membawa Seribu Makna

65% manusia belajar atau membuat keputusan melalui teks. Setiap hari, pengguna internet dibanjiri dengan beratus catatan. Pengguna menggunakan internet untuk mencari atau melayari sudah menjadi trend yang semakin meingkat. Platform social utama seperti Facebook, Instagram dan Snapchat semakin popular kerana mereka menawarkan informasi yang berbeza dari platform yang lain iaitu dengan menawarkan informasi dalam bentuk visual.

Berikut adalah beberapa tips berkenaan peningkatan pengaruh visual.

  • 90% informasi yang otak kita terima adalah dalam bentuk visual
  • Manusia ingat 80% dari apa yang mereka lihat (in visual)
  • Website yang menggunakan visual mempunyai 42% lebih berkesan dalam meyakinkan prospek ataupun pembeli untuk bertindak.
  • Informasi visual akan terus masuk ke ingatan jangka panjang.

a-picture-is-worth-a-thousand-words-3Image source: hikingartist

Media sosial dan juga pengiklanan bukan sahaja industri yang akan memberi manfaat daripada strategi visual yang kuat ini. Pengusaha perniagaan kecil-kecilan seperti pemilik hotel dan homestay juga boleh meningkatkan keinginan pengguna untuk membeli atau membantu pengguna membuat keputusan melalui alat bantuan visual seperti menyediakan gambar.

Adakah anda perasan bahawa aplikasi dan perisian yang terkini dikeluarkan lebih berwarna-warni dan mempunyai lebih banyak tarikan visual? Ada sebab mengapa ianya begitu.

Advertisements

Leave A Comment

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s