Cara Menyemak & Mengemaskini Butiran-Butiran Homestay / Hotel Anda (Huraian, Gambar, Kemudahan)

Kebiasaannya, kami menasihatkan ‘merchant’ kami untuk menyenaraikan keistimewaan dan keunikan yang ada pada hotel/homestay yang ditawar – ia membolehkan pelanggan tertarik pada servis yang ditawarkan (seperti berkongsi tempat menarik di sekitar homestay anda, makanan dan servis istimewa kepada pelanggan.)

Untuk menyemak & mengubah senarai kemudahan disediakan pada hotel/homestay yang ditawarkan (huraian, gambar, kemudahan) pada Softinn Extranet, sila rujuk pada video & panduan artikel di bawah:

Semak & Ubah Butiran Homestay/Hotel Anda Pada Softinn Extranet


Sila ikut panduan di bawah:

Langkah 1: Log masuk pada booking.mysoftinn.com

Langkah 2: Tekan “MORE

Langkah 3: Tekan “Property Overview

Langkah 4: Pada ruang Huraian, terangkan kemudahan yang disediakan serta tempat menarik di sekitar
hotel/homestay untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Langkah 5: Pada ruang Gambar, muat naik gambar menarik serta berkualiti tinggi sebagai gambaran kepada
pelanggan sebelum membuat tempahan dan kedatangan mereka

Langkah 6: Pada ruang Bilik, beritahu pelanggan anda tentang kemudahan di bilik tidur dan bilik air yang
disediakan

Langkah 7: Pada ruang Kemudahan, pilih dan tandakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh anda

NOTA: Pastikan anda simpan perubahan untuk setiap ruangan

Dan selalu mengemaskini maklumat mengenai hotel/homestay anda, ia merupakan penilaian pertama dari pelanggan anda terhadap kemudahan yang ditawarkan!

Was this article helpful?

Related Articles

Leave A Comment?