Cara Menetapkan / Mengemaskini Tempoh Minimum Untuk Bermalam (Min. Night Setting)

Kerja-kerja pengemasan hotel / homestay (housekeeping) selepas tetamu anda mendaftar keluar sering kali mengambil masa dan tenaga. Bukan itu sahaja, jika anda selalu mendapat tetamu yang hanya menginap semalaman sahaja juga boleh menyebabkan bayaran untuk servis pengemasan bertambah.

Keadaan sebegini akan bertambah rumit jika anda mempunyai tetamu berlainan menginap untuk tempoh satu malam berturut-turut.

Jika anda memikirkan bagaimana untuk mengurangkan kos pengemasan homestay / hotel dan cara untuk mendapatkan tetamu untuk menginap lebih dari satu malam, anda boleh menggunakan fungsi penetapan minimum bermalam (minimum night to stay) di dalam Softinn Extranet.

Untuk menetapkan atau mengemaskini minimum bermalam bagi hotel atau homestay anda di dalam Softinn Extranet, sila rujuk pada panduan video & artikel dibawah:

Menetap atau Mengemaskini Minimum Bermalam Untuk Bilik/ Homestay Anda Di Dalam Softinn Extarnet


Sila ikut panduan di bawah:

Terdapat 2 cara bagi menentukan tempoh minimum untuk bermalam

Cara 1: Menentukan minimum bermalam yang tetap bagi sepanjang tahun

Langkah 1: Log masuk ke booking.mysoftinn.com

Langkah 2: Tekan “MORE”

Langkah 3: Tekan “Manage Room”

Langkah 4: Pilih jenis bilik yang betul

Langkah 5: Seterusnya, tekan “Edit Details”

Langkah 6: Menentukan minimum bermalam yang anda mahu

Langkah 7: Ulangi proses yang sama untuk jenis bilik yang lain, jika ada

 

Cara 2: Menentukan minimum bermalam untuk sesuatu hari atau tempoh sahaja

Langkah 1: Log masuk ke booking.mysoftinn.com

Langkah 2: Tekan “Calendar”

Langkah 3: Pilih jenis bilik yang betul

Langkah 4: Pilih tarikh yang anda mahu

Langkah 5 : Tekan ikon “Edit”

Langkah 6: Masukkan maklumat pada ruang yang disediakan

Langkah 7 : Menentukan minimum bermalam yang anda mahu

Langkah 8: Ulangi proses yang sama untuk jenis bilik yang lain, jika ada

(**Nota: Anda boleh mengubah minimum bermalam ke 1 hari dengan masukkan “1” ke ruang “minimum night”)

Selepas anda menetapkan minimum bermalam di homestay / hotel anda di dalam Softinn Extranet, tetamu yang akan datang hanya boleh membuat penempahan mengikuti kriteria yang ditetapkan oleh anda. 🙂

Was this article helpful?

Related Articles

Leave A Comment?