Bagaimana Merchant Akan Dibayar?

Bagi pemilik hotel dan homestay, kami telah meringkaskan kaedah bayaran daripada Softinn pada anda.

A) Bila Akan Saya Dapat Bayaran Softinn


  1. Pembayaran dilakukan 2 kali setiap bulan. Kiraan dilakukan berdasarkan pada tarikh ‘check-out’ pelanggan.
Bayaran Pertama

Bayaran Kedua

 

  • Setiap 13 hari bulan/hb
  • Termasuk bayaran pada tarikh ‘check-out’ dari: 28hb bulan lepas sehingga 13hb bulan ini
  • Contoh: Jika pelanggan ‘check-in’ pada 11hb Jun tapi ‘check-out’ pada 13hb Jun, bayaran akan dilakukan melalui bayaran pertama (13hb Jun)
  • Setiap 27 hari bulan/hb
  • Termasuk bayaran pada tarikh ‘check-out’ dari: 14hb bulan ini sehingga 27hb bulan ini
  • Contoh: Jika pelanggan ‘check-in’ pada 12hb Jun tapi ‘check-out’ pada 14hb Jun, bayaran akan dilakukan melalui bayaran kedua (28hb Jun)
    NOTA: Anda boleh dapatkan maklumat bayaran di akaun Softinn Extranet anda. Sila rujuk pada “Pay-out Guide (pada bahagian bawah artikel) jika anda tidak pasti mengenai bayaran.

NOTA: Anda boleh dapatkan maklumat bayaran anda di akaun Softinn Extranet anda. Sila rujuk pada “Pay-out
Guide (pada bahagian bawah artikel) jika anda tidak pasti mengenai bayaran.

2. Cagaran sebanyak 12% akan dikenakan sebagai caj yuran transaksi untuk setiap bayaran tempahan yang
diperoleh

Contoh:
 Bayaran untuk tempahan (RM100) – cagaran (12%) = bayaran akan diterima (RM88)

 

B) Bagaimana Cara Pembayaran?


Bayaran akan dilakukan melalui pemindahan ‘online banking’ terus pada akaun bank yang diketahui masa pendaftaran dengan Softinn

NOTA: Anda akan menerima notifikasi baucar bayaran disertakan jumlah yang dibayar dalam email.

 

Panduan Tambahan Mengenai Bayaran Daripada Softinn:


1. Anda boleh log masuk ke Softinn Extranet dan tekan pada ‘Payment Report”’ di laman “Home”.

2. Anda akan dibawa ke halaman bayaran. Pada bahagian atas, anda akan lihat penyata bayaran pertama (seperti gambar di bawah)

  • Anda boleh lihat tempahan dari pelanggan serta jumlah bayaran yang diterima.

NOTA: Jumlah bayaran yang dipaparkan dalam penyata adalah jumlah SELEPAS ditolak cagaran

 

3. Pada bahagian bawah halaman, anda akan lihat penyata bayaran kedua (seperti dalam gambar di bawah)

  • Anda juga dapat lihat tempahan dari pelanggan serta jumlah bayaran yang diterima.

 

NOTA: Jika anda masih belum memasukkan maklumat akaun bank anda di Softinn Extranet, anda boleh rujuk pada pautan ini.

NOTA: Jika anda ingin menyemak maklumat akaun bank anda melalu email, sila tekan pautan ini.

NOTA:  Anda juga boleh semak maklumat akaun bank anda melalui Softinn Extranet. Lihat bagaimana di pautan ini. 

Was this article helpful?

Related Articles

Leave A Comment?