Maklumat akaun pemilik homestay/hotel mengandungi: Nama Pemilik, email, Nombor Telefon, Alamat hotel/homestay, dan paling penting ialah maklumat akaun bank bagi tujuan pembayaran. Oleh itu, ia sangat penting bagi anda untuk memastikan setiap butiran dan maklumat yang diberikan pada pihak Softinn adalah tepat.
Untuk menyemak & mengemaskini maklumat akaun pemilik homestay/hotel pada Softinn Extranet, sila rujuk pada video & panduan artikel di bawah:
Semak & Kemaskini Maklumat Akaun Pemilik Homestay/Hotel
Sila ikut panduan di bawah:
Langkah 1: Log masuk ke booking.mysoftinn.com
Langkah 2: Pada bahagian atas kanan, tekan pada alamat email anda
Langkah 3: Pada bahagian bawah menu, tekan “Account Details”
Langkah 4: Paparan maklumat akaun anda akan muncul. Ia terdapat butiran / maklumat utama akaun pemilk.
NOTA: Jika anda ingin mengubah butiran / maklumat akaun anda, sila hubungi kami di sales@mysoftinn.com ATAU anda boleh gunakan ‘Chatbox’ di bawah halaman Softinn Extranet untuk berhubung dengan kami.
Sebarang maklumat mengenai akaun pemilik adalah penting dan sensitif kepada Softinn. Jadi, kami memang mengendalinya dengan teliti dan profesional.
Leave A Comment?