Jika anda baru mendaftar sebagai merchant kepada Softinn atau anda terlupa kata laluan anda, sila rujuk pada video dan artikel ini untuk mengaktifkan dan log masuk pada akaun Softinn anda.
A) Merchant Baru ? Pertama Kali Log Masuk ke Softinn ?
1. Untuk merchant baru, anda akan terima emel jemputan “Welcome to Softinn” daripada
support@mysoftinn.com seperti lampiran di bawah.
2. Pada emel tersebut, sila tekan pada “Activate My Softinn Account” untuk tetapkan kata laluan anda buat kali
pertama.
NOTA: Sila hubungi pihak kami di sales@mysoftinn.com sekiranya anda tidak terima emel jemputan daripada pihak kami.
(Tekan “Activate MySoftinn Account” & aktifkan akaun anda dalam masa 24 jam setelah email diterima)
(Selepas anda masukkan kata laluan anda, tekan “Save My Changes”.)
3. Dengan alamat emel dan kata laluan yang ditetapkan, anda boleh log masuk ke sistem Softinn Extranet.
Halaman masuk Softin Extranet adalah: booking.mysoftinn.com
4. Sukacita diingatkan untuk ‘bookmark’ halaman ini bagi memudahkan anda log masuk pada masa hadapan.
B) Merchant lama Softinn ? Lupa Kata Laluan anda?
1. Kunjungi pada booking.mysoftinn.com dan tekan ‘Forgot password?’ pada paparan.
2. Paparan ‘Forgot password” akan keluar pada skrin anda (seperti dibawah), masukkan emel log masuk anda,
seterusnya tekan “Send new password” untuk tetapkan semula kata laluan baru anda.
(Sila masukkan emel anda dan teruskan)
3. Emel bertajuk “reset you password for Softinn Extranet” akan dihantar ke emel yang anda tetapkan pada
kotak hijau seperti di bawah.
4. Semak peti masuk emel anda, tekan pada ‘link’ biru – ‘here’ untuk menetapkan semula kata laluan.
5. Anda akan ditunjuk ke paparan (seperti dibawah) untuk menetapkan semula kata laluan anda. Masukkan kata
laluan baru dan tekan “Save My Changes” untuk kata laluan baru.
(Masukkan kata laluan baru dan tekan “Save My Changes”)
Tips Tambahan untuk Log Masuk
Jika anda merupakan pengguna google, Yahoo atau Hotmail, dan tidak ingin sentiasa mengingati maklumat log masuk anda, anda boleh log masuk segera menggunakan “quick logins buttons” yang disediakan. Servis ini juga tersedia untuk “Google G Suite” (Business users)
Jika anda merupakan merchant hotel yang tidak menggunakan apa-apa servis seperti di atas, anda masih boleh log masuk menggunakan kata laluan anda .
Leave A Comment?