Cara Mengeksport iCal Softinn Ke OTAs Lain

Sebagai pemilik homestay yang mengiklankan homestay anda melalui pelbagai saluran seperti AirBnB, Agoda, VRBO, LetsGoHoliday.my dan sebagainya, anda perlu menguruskan unit tempahan (peruntukan) untuk setiap saluran yang digunakan bagi mengelakkan ‘double-booking’. ‘Double booking’ kebiasaannya berlaku dimana anda menjual unit tempahan melalui saluran AirBnB TETAPI anda lupa untuk tutup unit tempahan bagi tarikh yang sama melalui saluran lain (cth: Airbnb).

Pelanggan anda tidak berpuas hati sekiranya mereka dapati tempahan yang dilakukan telah diambil oleh pelanggan yang lain. Keadaan akan bertambah buruk sekiranya pelanggan tersebut meminta untuk wang di kembalikan berserta penalti/caj ke atas kes tersebut. (Ya, sesetengah saluran akan mengenakan penalti/caj pada kes tersebut)

Masalah sebegini dapat diselesaikan dengan adanya teknologi iCal. iCal bermaksud iCalendar, di mana format sistem komputer digunakan bagi menyimpan sebarang maklumat mengenai kalendar. Anda boleh rujuk pada artikel mengenai iCal di sini.

Langkah Mengeksport iCal Dari Softinn Ke OTAs Lain


  1. Log masuk ke Softinn Extranet. Seterusnya, tekan pada “Calendar” di papan pemuka Softinn Extranet
  2. Pilih jenis bilik yang anda ingin menyelaraskan kalendarnya. Pada paparan skrin di bawah, unit dipilih ialah “Standard King Room”
  3. Tekan pada “Export Calendar (iCal)” yang berwarna hijau untuk dapatkan iCal URL
  4. Pada paparan Export Calendar, tekan “Generate” dan kemudian “Yes, Generate!”
  5. Link’ yang disediakan (seperti di Url) ialah iCal dari Softinn Extranet. Anda boleh guna link tersebut untuk OTA yang lain atau muat turun iCal tersebut. Jika anda lupa/hilang ‘link’ OTA yang lain, anda boleh rujuk kembali pada paparan yang sama dan tekan pada “Export Calendar” sekali lagi untuk dapatkan ‘link’ tersebut

iCal ‘link’ yang disediakan di atas digunakan di saluran seperti di bawah atau boleh digunakan untuk pelbagai saluran yang menyokong teknologi iCal:
i.   AirBnB
ii.  Booking.com –> (Maklumat terkini (31.Jan.2019): Setakat tarikh ini, Booking.com tidak menggalakkan penyelarasan
kalendar melalui perkongsian iCal dengan platform-platform OTA yang lain)

iii. Agoda –> (Maklumat terkini (31.Jan.2019): Setakat tarikh ini, Booking.com tidak menggalakkan penyelarasan
kalendar melalui perkongsian iCal dengan platform-platform OTA yang lain)

iv. TripAdvisor
v.  FlipKey

Was this article helpful?

Related Articles

Leave A Comment?