Video ini disediakan untuk Merchant yang memilih cara tempahan Approve-Based Booking (ABB).
Terlebih dahulu guest anda perlu menghantarkan Booking Request (BR) untuk mendapatkan penerimaan daripada pihak anda. Jika tarikh check-in yang diminta TIADA kekosongan, sila tolak Booking Request (BR) tersebut.
Sila lihat panduan video & artikel di bawah untuk mengetahui cara menolak Booking Request:
Cara Menolak Booking Request (BR)
Sila ikut panduan berikut:
Langkah 1: Apabila terdapat guest menghantar BR untuk homestay anda, sistem Softinn akan memberikan notifikasi dalam cara SMS dan juga EMEL. Anda boleh membalas BR tersebut sama ada dengan Emel Ataupun Extranet Dashboard.
Langkah 2: Menolak BR dengan Emel: Jika tarikh check-in yang diminta oleh guest TIADA kekosongan, sila semak email yang dihantar oleh sistem Softinn dan klik butang “Reject”. Itu sahaja.
Selepas anda menolak BR, sistem akan menghantar notifikasi kepada guest tersebut untuk memaklumkan tentang penolakkan anda. Pada masa yang sama, sistem kami tidak membenarkan sebarang pembayaran daripada guest.
Leave A Comment?