7 Tip Untuk Meningkatkan Booking Homestay

Bisnes homestay sedang membina reputasinya dengan pantas dalam industri pelancongan sejak beberapa tahun yang lalu. Kemungkinan besar ini adalah disebabkan oleh peningkatan dalam permintaan pelancong terhadap tempat penginapan yang lebih nyaman dan selesa atau pendek kata dalam Bahasa Inggeris, “home away from home” apabila mereka sedang melancong.

Memulakan bisnes homestay boleh dikatakan mudah sekiranya anda mempunyai rumah atau bilik yang kosong. Walau bagaimanapun, pengekalan bisnes ini boleh menjadi sebuah cabaran kerana pemilik-pemilik homestay sering berasa risau jika homestay mereka ditinggalkan kosong. Justeru, kami telah mengumpulkan beberapa tip untuk membantu pemilik homestay seperti anda untuk meningkatkan kadar booking.

1. Mencipta sesebuah tema atau gaya

Ramai pemilik homestay mempunyai tanggapan bahawa perkara ini adalah kurang penting tetapi hakikatnya, dengan mencurahkan sedikit usaha dalam menghiasi homestay berdasarkan tema yang tertentu, ini akan menjadikan homestay anda lebih unik daripada homestay yang lain.

Contoh-contoh homestay yang bertema:

Tema Marin
Tema khemah
Tema khemah
Tema Bali
Tema Bali

Pengubahsuaian homestay boleh menjadi sebuah proses yang menarik terutamanya apabila anda telah mempunyai tema yang sesuai untuk homestay anda. Tip ini amat berguna kepada pemilik homestay yang menjalankan bisnes homestay di luar bandar ataupun jauh dari tempat-tempat pelancongan. Tahukan apa yang sepatutnya dilakukan? Anda menjadikan homestay anda sebuah tempat penarikan pelancong.

2. Menjaga kebersihan and penyelenggaran homestay

Ini merupakan tip yang paling asas tetapi janganlah terkejut jika mendapati bahawa terdapat pemilik homestay yang gagal memahami kepentingan ini untuk mengambil tindakan. Kami juga mempunyai pemilik homestay yang tidak akan mengabaikan tanggungjawab ini dan akan mengambil tindakan yang wajar untuk memastikan homestay mereka berada dalam keadaan yang baik.

Potonglah rumput, bersihkanlah permaidani, baikilah paip yang bocor dan lakukanlah apa-apa sahaja yang boleh menjadikan keadaan homestay anda seolah-olah rumah baru. Tambahan pula, para tetamu akan lebih suka kembali ke homestay yang sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

3. Menyediakan kemudahan asas yang diperlukan

Hari ini, kami boleh mendapati bahawa homestay telah meningkatkan taraf ke tahap yang serupa dengan hotel dan kadang-kalanya, lebih memuaskan. Kami menyedari bahawa kebanyakan homestay telah mula menyediakan kemudahan asas seperti tuala mandi, syampu, syampu badan dan sebagainya. Penyediaan yang teliti ini sekurang-kurangnya akan menyumbang kepada peningkatan kadar booking kerana selain daripada membandingkan harga, para pelanggan akan membandingkan kemudahan yang disediakan oleh homestay sebelum membuat piliahan.

Jangan berhenti membaca kerana kami akan mendedahkan tip berkaitan dengan kemudahan-kemudahan yang paling diperlukan oleh tetamu. Mereka merupakan bonus sekiranya homestay anda memilikinya.

Pertama sekali dalam senarai kami adalah kemudahan wifi. Ini sudah pasti adalah merupakan kemudahan yang paling diperlukan oleh para tetamu dalam era media digital ini. Pilihlah pelan Internet yang sesuai dan saksikanlah peningkatan dalam booking anda. Selain daripada wifi, kemudahan yang boleh disediakan adalah seperti peralatan bbq, seterika, pengering rambut, peralatan memasak dan penghawa dingin dalam setiap bilik.

4. Menyediakan gambar yang berkualiti untuk homestay anda

Mempunyai gambar yang berkualiti untuk homestay anda merupakan asset utama untuk menjayakan bisnes homestay. Gambar yang berkualiti akan memberikan tanggapan yang positif kepada tetamu yang sedia membuat penempahan. Kalau anda masih belum mempunyai gambar homestay anda yang diambil secara profesional, anda mungkin perlu mendapatkan seorang juru gambar dengan segera. Anda hanya memerlukan satu set gambar-gambar yang berkualiti tinggi untuk kerja-kerja pemasaran yang bakal dilaksanakan. Anda juga boleh mengambil gambarnya sendiri jika anda memiliki kemahiran fotografi.

Sekiranya anda kurang pasti terhadap gambar yang perlu disediakan, sila menggunakan ini sebagai rujukan:

  • 2 gambar luaran homestay
  • 1 gambar ruang tamu
  • 1 gambar dapur
  • 1 gambar untuk setiap bilik
  • 1 gambar untuk setiap bilik mandi
  • Bonus: 2-3 gambar untuk kawasan awam, taman, tempat letak kereta, kolam renang (jika ada)

5. Mendapatkan akaun social media

Peningkatan kemudahan teknologi menjadikannya lebih senang kepada kita untuk mempromosikan bisnes secara online. Cara yang paling senang dan murah adalah untuk menangani aspek social media. Menyediakan sebuah halaman atau akaun untuk homestay anda merupakan perkara yang boleh dilakukan dengan senang dan yang pentingnya, anda boleh menyediakan seberapa halaman (jika anda memiliki lebih daripada sebuah homestay) yang diperlukan secara percuma. Walau bagaimanapun, kami ingin mengingatkan bahawa elakkan daripada mempunyai beberapa halaman atau akaun untuk homestay yang sama supaya tidak mengelirukan.

Baca juga: How To Create Homestay Promo Flyer With MS Word

Tambahan pula, social media membolehkan anda untuk berhubung dengan tetamu yang berminat dengan lebih senang terutamanya sekiranya platform tersebut menawarkan kemudahan mesej kerana sekali lagi, pertukaran mesej melalui social media biasanya adalah percuma. Begitu juga dengan penghantaran and perkongsian gambar homestay.

6. Menerima booking secara online

Sekarangnya kami telah boleh melayari Internet dan social media, kebanyakan pemilik homestay juga telah mula menerima booking online secara manual melalui social media dan aplikasi mesej. Tetapi, proses ini boleh menjadi agak tertekan terutamanya semasa dilakukan secara manual pada musim puncak dan cuti umum.

Oleh itu, agensi pelancongan online (OTA) menawarkan platform booking untuk meringankan beban pemilik homestay. OTA membantu pemilik homestay mendapatkan booking dengan menyenaraikan homestay tersebut dalam laman web mereka dan pada masa yang sama, process mana-mana booking yang melalui sistem online booking mereka. Homestay yang disenaraikan dalam laman web OTA akan mendapatkan lebih pendedahan dan lebih senang untuk ditemui oleh para pelancong tetapi pada masa yang sama, homestay anda akan lebih terdedah kepada persaingan kerana akan disenaraikan bersama homestay yang lain.

Baca juga: What Are The Criteria of Good Booking Engine

Biasanya, OTA akan mengambil sejumlah komisen daripada setiap booking yang berjaya dibuat oleh itu, pastikan anda memilih platform booking online yang sesuai untuk homestay anda. Selain itu, mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan online booking engine yang percuma.

7. Menawarkan program rujukan atau program kesetiaan

Terdapat sesetengah pelancong yang cenderung kembali ke lokasi yang sama mahupun untuk percutian ataupun untuk berurus niaga. Justeru, inilah peluang anda untuk memastikan mereka kerap kembali ke homestay anda. Salah satu caranya adalah untuk menawarkan mereka ganjaran yang boleh menyebabkan mereka tidak teragak-agak untuk kembali ke homestay anda sempena lawatan mereka yang seterusnya.

Di sinilah beberapa tip untuk program kesetiaan yang boleh ditawarkan:

  • Tawarkan diskaun untuk penginapan seterusnya. Semakin kerap kali penginapan, semakin banyak diskaun yang dilayaki.
  • Percuma satu malam penginapan kepada tetamu kerap yang kembali sejumlah kali.
  • Pintu hadiah atau rebate kepada tetamu kerap.

Selain itu, program rujukan juga merupakan idea yang baik kerana ia akan membantu mempromosikan homestay anda kepada lebih ramai pelanggan.

Adakah tip-tip ini membantu? Cubalah dan beritahu kami. Kalau anda berasa tip-tip ini berguna, sila berkongsi kandungan blog ini dengan kawan-kawan anda dan jika anda mempunyai tip lain yang ingin berkongsi dengan para pemilik homestay, jangan lupa meninggalkan komen pada ruang dibawah!

Advertisements

Leave A Comment

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s