Langkah 1: Bayaran Untuk Tempahan
Selepas pelanggan melakukan tempahan online, seterusnya mereka akan membuat bayaran penuh melalui saluran bayaran yang disediakan oleh Softinn untuk mengesahkan tempahan tersebut. Kami menerima ‘Online Banking, eWallet, Credit Card, PayPal, atau pindahan melalui ATM. Bayaran yang dilakukan oleh tetamu akan di bawah jagaan pihak Softinn sehingga waktu ‘check-out’ oleh tetamu.
Langkah 2: Cagaran Akan Dikenakan
Cagaran akan dikenakan daripada jumlah harga tempahan sebagai cas servis pada servis yang diberikan oleh Softinn
Langkah 3: Dua Kali Bayaran Kepada ‘Merchant” Sebulan
Kami akan gabungkan penyata anda 2 kali untuk setiap bulan serta menghantar dokumen ‘softcopy’ melalui email. Kami mengamalkan 2 kali bayaran sebulan, seperti berikut:
Monthly Pay-out | Cut-off Date |
First Half | 13th of every month |
Second Half | 27th of every month |
Bayaran dilakukan berdasarkan pada tarikh ‘check-out’ pelanggan. Jika tarikh ‘check-out’ pelanggan dari 28hb bulan lepas ke 13hb bulan semasa, bayaran kepada Merchant akan dilakukan pada First Half bulan iaitu pada 13hb. Bagi tarikh ‘check-out’ pelanggan dari 14hb bulan semasa ke 27hb bulan semasa, bayaran kepada Merchant akan dilakukan pada Second Half bulan iaitu pada 27hb.
Langkah 4: Cara Pembayaran Dari Softinn Kepada Merchant
Softinn akan membuat bayaran kepada ‘merchant’ melalui ‘online bank transfer’ .
Anda boleh log masuk ke Softinn Extranet untuk melihat Laporan Bayaran
Langkah 5: Penerimaan Baucar Bayaran
Baucar bayaran (termasuk nombor rujukan) akan dihantar oleh Softinn kepada email anda setelah bayaran dilakukan
NOTA: Kami tidak mengamalkan sistem bundar pada jumlah bayaran. Semua transaksi dikira oleh sistem komputer.
NOTA: Jika anda masih belum memasukkan maklumat akaun bank anda di Softinn Extranet, anda boleh rujuk pada pautan ini.
NOTA: Jika anda ingin menyemak maklumat akaun bank anda melalu email, sila tekan pautan ini.
NOTA: Anda juga boleh semak maklumat akaun bank anda melalui Softinn Extranet. Lihat bagaimana di pautan ini.
Leave A Comment?