Cara Mengimport iCal Ke Softinn Extranet

Jika anda menggunakan sistem tempahan Softinn untuk memaparkan homestay anda pada laman sesawang rasmi / blog anda serta memaparkan pada pasaran kami iaitu LetsGoHoliday.my, DAN PADA MASA YANG SAMA anda mengunakan OTA yang lain seperti AirBnB, Agoda, Booking.com, maka artikel ini adalah sebagai panduan bagi anda untuk menyelaraskan kalendar Softinn dengan kalendar OTA lain.

NOTA: Dimaklumkan bahawa penyelarasan kalendar melalui iCal hanya berfungsi untuk pemilik homestay SAHAJA. Sila rujuk pada artikel ini untuk mengetahui sebab-sebab iCal tidak berkesan pada pemilik hotel.

NOTA: iCal hanya dapat menyelaraskan kalendar sahaja. Ia tidak dapat menyelaraskan harga jualan.

Langkah Mengimport iCal Dari OTAs Lain Ke Softinn Extranet


Sebelum ini, sila pastikan anda telah dapati iCal dari sumber OTAs yang lain (e.g. AirBnB, Agoda dan lain-lain). Jika belum, sila rujuk pada artikel ini untuk menyalin iCal link.

Setelah anda dapat iCal dari sumber OTAs yang lain, sila rujuk pada panduan berikut untuk mengetahui langakh mengimport iCal lain ke Softinn Extranet:

1. Log masuk ke Softinn Extranet. Seterusnya, tekan pada “Calendar” di papan pemuka Softinn Extranet

2. Pilih jenis bilik yang anda ingin menyelaraskan kalendarnya. Pada paparan skrin di bawah, unit yang dipilih ialah
“Standard King Room”.

3. Tekan “Import Calendar (iCal)

4. Pada “Import Calendar Prompt”, tampal iCal link yang disalin daripada OTA lain anda (contoh, AirBnB, Booking.com dan lain-lain)

5. Tekan “Save Changes”

Was this article helpful?

Related Articles

Leave A Comment?